Bodoh Dengar Nasihat - Najib Marah Menteri Mana Ni?

Kalau dah mengaku bodoh, dengar nasihat.

Jika tak cukup dana, cari dana.

Sekiranya orang minta bantuan segera, bantu sahaja. Jangan didenda, disaman, dipertikaikan, disuruh rayu atau disuruh tunggu .

Tak siapa nak minta bantuan secara umum jika situasi mereka tidak terdesak. Setiap manusia ada maruah dirinya.

Jika pendekatan tak berhasil, tukar pendekatan. Jangan diulang-ulang langkah yang terbukti gagal untuk harap hasil berlainan.

Jangan membisu dan pandang saja selama berbulan-bulan lamanya ketika berjuta orang dan keluarga semakin parah.

Bulan Mei, bulan Jun, bulan Julai berlalu begitu sahaja. Dari hari raya Puasa ke raya Haji, keadaan tetap kritikal.

Kalau dah gagal, mengaku sahaja.

Jangan dimain-mainkan propaganda politik untuk alih pandangan.

Tak perlu dikaitkan Melayu-Islam dengan kegagalan. Sebab Melayu dan Islam tak pernah gagal.

Sebab Rakyat sudah di jalan buntu dan benar-benar terseksa.

Jika tak mampu jaga 32 juta Rakyat, berilah pada lain.

Saya yakin dan boleh jawab di Mahkamah.

Silap-silap korang pula perlu jawab di akhirat.

Post a Comment

4 Comments

  1. Najib tgh kepanasan..tp ada logik jgk..

    ReplyDelete
  2. Kita kena lihat DSN dari dua sudut yang berbeza. Bekas pemimpin dan sebahagian parti kerajaan yang bertindak sebagai pembangkang. Semua maklumat perlu dihadamkan dengan teliti. Kalau beliau berada dalam kerusi pemerintah, sudah tentu tindakan yang diambil akan selari dengan TSMY kerana boleh dikatakan semua negara di dunia mengaplikasi pendekatan yang sama. Tapi bila berada di kerusi pembangakang, budaya stereotype politik orang Malaysia adalah cuba reka dan goreng isu untuk dipersalahkan kerajaan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia pun puas kena tibai masa jadi kerajaan. Tapi nampaknya dia tibai kerajaan kali ni dengan data dan fakta. Tak mcm atok....negara bangkrap, negara bangkrap. Salah najib, salah najib, salah najib.....
      Tapi anak makin kaya, projek makin banyak...makin kaya. Proksi dan kroni suka. Kuasa bagi dia, dapat harta. Rakyat, kena ikat perut. Ajaran atok 22tahun 22bulan.

      Delete
    2. masa dia pm lagi teruk. silap2 kena sound kna geng najib. kalau blogger confirm blog kena block.

      so now najib nak bersuara tunjuk hebat?

      dia lupa ke

      Delete