Kenapa Bukan 100% ? Siapa Agaknya Yang 5% Tu.. Kalau Tahu, Gila Kena Bahan

Lebih 95% Ahli Parlimen telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin Covid-19, manakala 35 yang lain sudah mendapat sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Yang Dipertua Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun berkata selain itu, empat Ahli Parlimen belum mendapatkan suntikan vaksin atas sebab-sebab tertentu, bagaimanapun mereka tetap dibenarkan hadir ke persidangan Dewan Rakyat.


“Semua Ahli Parlimen dibenarkan datang ke Dewan walaupun tidak divaksin tetapi kami menasihatkan mereka yang tidak divaksin ini berhati-hati, kerana kita tidak boleh menahan mereka daripada menunaikan tugas di bawah Perlembagaan Persekutuan,” katanya pada sesi sidang media secara maya bagi memperincikan persiapan Sidang Khas Parlimen yang bermula Isnin.

Azhar berkata sebelum ini beliau mengadakan perbincangan dengan Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) Khairy Jamaluddin yang bersetuju supaya semua petugas Parlimen divaksinasi dan setakat ini 90 peratus petugas Parlimen telah lengkap dua dos suntikan.

Mengulas mengenai persiapan persidangan itu, Azhar berkata pihak Parlimen menetapkan ‘house rule’ antaranya memastikan setiap individu yang datang ke Parlimen termasuk pekerja kontraktor, kakitangan kementerian dan pegawai pengiring menteri telah divaksin terlebih dahulu.

“Kami akan periksa di luar sebelum mereka dibenarkan masuk…kalau tidak divaksinasi, kami akan halang daripada memasuki Parlimen,” katanya.

Sebagai langkah keselamatan juga, Azhar berkata setiap individu seperti Ahli Parlimen, pegawai bertugas, kakitangan Parlimen, petugas media, pekerja kontraktor, pemandu dan pengawal keselamatan peribadi perlu menjalani ujian saringan.

Seramai 1,008 orang menjalani ujian saringan dua hari lepas manakala kesemua Ahli Parlimen disaring hari ini.

Persidangan khas Dewan Rakyat akan diadakan selama lima hari mulai 26 Julai, manakala sidang Dewan Negara pula diadakan selama tiga hari bermula 3 Ogos.

Sementara itu, Azhar dalam kenyataan memaklumkan seramai 72 pengamal media dibenarkan hadir di bangunan Parlimen dan kehadiran yang terhad adalah sebagai langkah membendung dan mengurangkan risiko penularan Covid-19 semasa sidang khas itu.

Selain itu, Parlimen turut menambah baik persidangan dengan memperkenal dan menyediakan kemudahan platform sidang media secara hibrid dan sesi temu bual interaktif eksklusif dengan Ahli-ahli Dewan Rakyat melalui aplikasi Zoom.

“Sidang media dan temu bual secara maya ini akan dapat memberi peluang kepada semua pengamal media yang tidak dapat hadir secara fizikal di bangunan Parlimen untuk mengambil bahagian pada semua sidang media ataupun temu bual yang mungkin diadakan oleh mana-mana Ahli Parlimen ketika sidang khas diadakan,” katanya.

Bagi tujuan itu, Azhar berkata Parlimen akan menyediakan satu bilik khusus yang menempatkan dua komputer berserta kelengkapan audio visual dengan pautan Zoom khas dan pihak media boleh menghubungi Setiausaha Akhbar Yang Dipertua Dewan Rakyat atau Bahagian Komunikasi Korporat (BKK) Parlimen jika ingin mengadakan sesi interaktif bersama Ahli Dewan Rakyat.

Selain itu, Azhar berkata liputan sidang media secara langsung melalui YouTube Live Stream di pusat media pada kali ini akan melalui pembaharuan yang membolehkan wartawan yang berada di luar bangunan Parlimen turut serta secara maya dengan capaian aplikasi Zoom.

Sementara itu, semua gambar penting semasa persidangan akan dirakam oleh jurugambar rasmi Parlimen bersama jurugambar Jabatan Penerangan Malaysia.

“Saya harap pendekatan pengurusan media yang baharu ini dapat membantu mengurangkan risiko kebolehjangkitan Covid-19 khususnya dalam kalangan pengamal media di Parlimen Malaysia,” katanya.

Post a Comment

9 Comments

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Perkataan "BAHAN" dalam tajuk tulisan itu salah, tuan. Bukannya BAHAN, sebaliknya BAHAM.

    ReplyDelete
  3. bersidanglah parlimen berbincang masalah negara dan rakyat akibat dari gejala covid yang melanda negara bahkan seluroh dunia dan atas kesan2 terhadap rakyat dalam pelaksanaan lockdown atau pkp baru ni, ambillah peluang ini untuk berbincang, jika terdapat mana2 ahli parlimen melaungkan ' we got the majority number', harap speaker tegas dalam ini, disuruh duduk atau diusir keluar dewan jika berdegil kerana mengganggu perjalanan dan ketenteraman dewan, bersama2lah minta pertolongan allah semoga segala urusan dipermudahkan dan pendemik covid dapat diatasi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jgn sembang la badigol. Ko blh confirm ke mahiadin tu cukup majoriti??

      Delete
    2. Yang jadi katak bila-bila masa akan jadi katak kali kedua.Percayalah...
      Secara sinisnya apa yang berlaku angkara kesilapan sendiri. Gila sangat nak berkuasa.
      Berpunca dari barah pertama selepas atok bakar kerajaannya. Umum mahiadin sebagai pm8.Mungkin sebagai pm boneka?
      Kerana khuatir dituduh pengkhianat dia tak join kerajaan pn dan kata tak nak umno.
      Nak balik ph...terbocor pulak suara dia dlm mesyuarat dia kutuk dap dan anwar. Taknak anwar naik pm.
      Plan asal nak buat kerajaan perpaduan konon. Agar mudah mencatur kerja. Macam kerja 22tahun agaknya tapi tak menjadi.

      Dalam cerdik ada bangangnya.
      Nak letak jawatan kenapa tak serah pada timbalan pm? Kenapa tak berunding?Kenapa bergaduh dan berperang dalam majlis presiden ph?!

      Secara kesimpulan dan logik punca teruknya kerajaan ph dan pn adalah dari atok. Yang memecah belah ph adalah atok. Kenapa nak sangat angkat jemin? Kenapa baru-baru ini umum boboi dan jemin sebagai bakal pm?
      Untuk jaga legasi kaya raya?!
      Ramai yg bertanya kenapa jemin buka pintu belakang walaupun sedar pintu belakang punca pandemik tertinggi?
      Kenapa atok tak tegur pon jemin buka pintu belakang dlm sosmed seperti mana lantang dia sebelum ini mengkritik orang lain?

      Yang ada dan diingati rakyat dia sebut boboi dan jemin sebagai pm...hmmmmm
      Jemin yang gagal jaga pintu belakang tu dia sebut....hmmmmm

      Pilihan yang ada sekarang adalah vaksin rakyat secara besar-besaran. Yang tiada mysejahtera atau mysejahtera yg asyik sangkut....buat hotline untuk temujanji walk in. Ada negeri yg buat hotline khas untuk temujanji ikut lokaliti atau daerah.Cantik cara mereka. Rakyat terjaga. Vaksinasi pula lancar dan capaian herd immunity cepat dan pantasm
      Rasanya boleh ikut cara tersebut. Tak payah mega-mega nampak macam retis nak popular pulak.
      Klinik swasta, hospital swasta, dewan kampung, dewan sekolah kan ada.
      Tukar strategi dan jangan asyik salahkan rakyat gagal daftar mysejahtera. Yang daftar sejak penghujung feb 2021 masih ramai tertunggu-tunggu.
      Apa-apa pon pastikan vaksin cukup. Tak cukup vaksin nak buat hotline di setiap lokaliti atau daerah pon tak guna. Bergantunglah rakyat dgn sistem mahal tapi tak dapat di update....hmmm

      Bila dah keadaan elok balik buatlah pru seberapa segera.Sebelum buat bincanglah sop yg patut dipatuhi. Kempen online ker. Janji bukan kitab suci secara online ker. Kempen dlm grup telegram, fb dan apa sahaja. Tiada kempen terbuka melebihi jumlah tertentu.Kempen dari pkl 10 pagi sampai 8 malam ker. Yg ada kor-morbid dilarang ikut kempen....tak tahulah kalau bakal yb2:). Tiada kempen rumah ke rumah. Yang bakal yb dan agennya langgar sop wang pertaruhan hangus. Wang pertaruhan letak 10 kali ganda....hahaha

      Kerajaan tanpa majoriti dan dikuasai oleh manusia berkepentingan peribadi adalah lemah.
      Jangan ada lagi cerita keputusan tidak dilakukan secara kolektif dan dibuat oleh orang tertentu tanpa peduli nasib rakyat.

      Delete
  4. speaker sangat berkuasa untuk memastikan perjalanan persidangan parlimen dijalankan tanpa sebarang gangguan dimana2 pihak, diulangi sekali lagi speaker sangat berkuasa untuk memastikan perjalanan persidangan parlimen dijalankan tanpa sebarang gangguan dimana2 pihak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berat dah ko ni...jkom pun x kuat jilat camni.

      Delete
  5. Inilah bahananya bila ko tak gunakan darurat kesihatan dengan baik. Lain yg diisytihar..lain yg korang buat. Cubalah lakukan spt korang lakukan spt pkp1.0.
    Ini tidak, ikut kepala mamat sekor tu. Dia tu siapa? Siapa di belakangnya? Siapa bapak angkatnya?

    Kalau dia ada hati dengan penderitaan rakyat, tak akan mungkin dia post memasak rendang malam raya haji. Bukan dia tak tahu keadaan semasa. Bukan dia tak tahu angka kematian harian akibat pandemik.

    Inilah masalahnya bila takut dengan bayang2. Isytihar darurat bukan bertujuan utk jaga kesejahteraan rakyat. Hanya nak jaga kuasa dan org2 berada. Legasi lama.

    Bila kerajaan kena hentam kaw2 di parlimen...rakyat tak dapat nak kata apa.Lantak korang!
    Dulu rakyat sokong darurat demi kestabilan politik dan kesihatan serta kesejahteraan rakyat. Tapi apa telah korang lakukan?

    Kalau tujuan utama korang adalah masalah pandemik dan kesihatan rakyat, rasanya korang tak akan khuatir bertegang leher di parlimen. Rakyat akan sokong korang 100%.

    Jika masih berterusan baik letak jawatan. Ramai lagi mp lain yg lebih prihatin dengan nasib rakyat.
    Kalau saka tua tu...baik tak payah. Legasi dan kantung utk anak2 lebih diutamakan. Rasanya akan lebih teruk. Cukup2lah, dulu lebih 1juta pelancung warga negara wabak dibawa masuk ke dlm negara. Kerisauan rakyat dipermainkan malah disindirnya pula. Dia bukan peduli sangat pon nasib rakyat. Spin dia utk meyakinkan rakyat bukan peduli haram atau halal..dosa atau pahala.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rakyat Selangor setakat semalam baru 19.1% yg menerima 2 dos.
      Untuk memulihkan sikit maruah mahiadin dan jemin, pastikan sekurang-kurangnya 80% rakyat Selangor divaksin penuh sebelum penghujung Ogos 2021.
      Dah banyak sangat kematian akibat darurat. Macam darurat perang kematiannya. Sedih.
      Peruntukan sangat besar. Aplikasi mysejahtera bermodal besar. Tapi ramai yang belum menerima temujanji pertama. Belum lagi kecoh disuntik dengan angin kosong. Betul-betul menjatuhkan reputasi kerajaan mahiadin dan jemin. Bertindak pantaslah!!!!

      Delete