Pengarah HTAR Sembang Kencang! Hahaha

Doktor kontrak Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di Klang yang menyertai hartal semalam perlu mengemukakan surat tunjuk sebab.

Pengarah HTAR, Dr Zulkarnain Mohd Rawi dipetik Kosmo! Online berkata, pihaknya akan meminta peserta mogok kerja itu menjelaskan perlakuan mereka.

BANkami : Dia punya sembang mendongak tak tunduk langsung. Cuba kalau semua elaun pengarah hospital dipotong, status pengarah hospital hanya berstatus kontrak. Agaknya macam mana golongan korang akan meroyan.

Dengan situasi pandemik covid19 ni terus meningkat, sepatutnya semua pengarah negeri kkm letak jawatan. Korang gagal dalam merencana dalam memastikan covid19 terkawal.  Bagi jawatan korang kepada doktor kontrak yang berkebolehan tinggi. Apa korang ingat jawatan tu hak milik individu sampai pencen ker. Korang rasa idea korang saja paling bernas. 

Sepatutnya pengarah hospital patut malu, doktor tapi berstatus kontrak. Korang telah sekian lama sebenarnya telah menjatuhkan martabat profesional kedoktoran itu sendiri.

Tapi sembang dengan orang makan gaji besar, semua benda elaun. Ibarat harini istihar darurat tiba-tiba seminggu lepas tu ordinan ditarik. 

Patut doktor tu berarak sekali pegang berdeta pas, pakai baju purple RUU355 & takdirrrr berkali-kali. 

Zulkarnain juga berkata doktor terikat etika profesional dan tidak sepatutnya membiarkan kerjaya itu dipandang serong oleh orang ramai.

“Doktor ini kena mengorbankan dirinya demi kepentingan pesakit dan bukan mengorbankan pesakit demi diri mereka.

“Jadi doktor ini menolong orang dalam kesusahan tanpa mengambil kira kepentingan diri,” katanya.

Menurut Zulkarnain doktor kontrak terbabit tidak wajar terpengaruh hasutan menyertai hartal semalam.

“Kita bekerja bukan untuk glamor. Kerja doktor ini mulia dan jangan campak profesion kedoktoran sehingga dipandang hina oleh masyarakat.

“Ilmu pengetahuan kedoktoran banyak diperolehi semasa bekerja di sektor awam yang menerima pelbagai kes dan boleh digunakan untuk kemudian hari,” jelasnya.

Dalam perkembangan berkaitan, Ketua Polis Selangor, Arjunaidi Mohamed (gambar, atas) dipetik Kosmo! Online berkata tiada tangkapan mahupun siasatan dibuat setakat ini terhadap hartal doktor kontrak.

Arjunadi menjelaskan ini kerana polis tidak mengesan perlanggaran prosedur operasi standard (SOP) sepanjang hartal berlangsung.

Semalam, ratusan doktor kontrak kerajaan di seluruh negara, termasuk di HTAR, mengadakan mogok kerja dengan berhenti melakukan tugasan dan keluar beramai-ramai serentak pada jam 11 pagi.

Gerakan Hartal Doktor Kontrak dalam usaha melobi jaminan pekerjaan dan peluang kerjaya yang lebih baik.

Bawah sistem semasa, doktor kontrak berdepan ketidakpastian setelah tamat lima tahun tempoh khidmat wajib mereka kerana kerajaan tidak mempunyai peruntukan untuk menawarkan mereka jawatan tetap.

Akibatnya, ramai doktor kontrak terpaksa berpindah ke sektor swasta atau meneruskan latihan kepakaran mereka di luar negara.

Selepas berbulan-bulan melobi, kerajaan pada 23 Julai lalu menawarkan untuk melanjutkan kontrak mereka sehingga enam tahun tetapi masih tidak menawarkan jawatan tetap.

Namun, kerajaan berjanji untuk memastikan doktor kontrak juga menikmati faedah serupa dengan doktor tetap.

Hartal Doktor Kontrak menyifatkan tawaran kerajaan itu "separuh masak" menegaskan lanjutan kontrak bukan penyelesaian terhadap tuntutan untuk jawatan tetap.

Pengurusan hospital awam telah memberi amaran kepada doktor kontrak untuk tidak terlibat hartal itu.

Semalam, Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Adnan Mat berharap kerajaan tidak mengambil tindakan tatatertib kepada petugas barisan hadapan yang terlibat.

Katanya, ini kerana doktor kontrak berkenaan hanya mahu permasalahan mereka didengari dan diselesaikan oleh kerajaan.

Post a Comment

2 Comments

  1. perkara ini bole dirunding tak perlu berkeras dan bertindak diluar pemikiran yang tak normal dalam waktu yang sengat kritikal yang sangat diperlukan, ingatlah kepada insan2 yang memerlukan khidmat mereka bagi pihak pengurusan(kerajaan) dan bagi pihak para2 doktor, para2 doktor terutama sekali doktor2 kontrak perlu mempunyai ketegasan diri, jangan sesekali mudah dipengaruhi pihak2 luar terutama sekali pihak2 yang tidak silu2 mengambil kesempatan dalam keadaan seperti ini terutama sekali orang2 politik yang berkepentingan, memanglah keadaan genting seperti ini sangat penat dan meletehkan, lantiklah wakil dan berbincanglah dengan kerajaan, dan kedua2 pihak bincanglah dengan penuh bijaksana dan hikmah saling faham memahami,
    orang2 ramai mesti menolong para2 doktor dengan mematuhi SOP dan segeralah bervaksin bila telah sampai giliran.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nk runding dgn sapa?? Menterinya sm bingai mcm ko jgk!

      Delete