Jika Kerajaan PN Tumbang, Siapa Calon PM Seterusnya?

Sekarang ini kita ada tiga blok di parlimen—blok PN, PH dan Bebas. Masing-masing tidak ada majoriti mudah. Dalam sistem elektoral kita, setiap parti memerlukan majoriti mudah untuk menang, tetapi data menunjukkan kerajaan PN hanya ada minoriti terbanyak bukan majoriti terbanyak.

Jika PN sudah ada minoriti terbanyak sedangkan blok pembangkang tidak ada majoriti mudah, kenapa perlu ditukarkan kerajaan minoriti terbanyak ini? Dalam sistem Westminster dan perlembagaan kita, tidak ada istilah kerajaan minoriti.

Minoriti tetap minoriti. Dengan kerajaan minoriti, satu usul pun tidak boleh dibentangkan menjadikan kerajaan tidak berfungsi. Jika ini berlaku, sistem kerajaan runtuh dan ini tidak membawa kestabilan kepada politik negara.

Mengapa blok pembangkang dikatakan majoriti terbanyak tetapi tidak mempunyai majoriti mudah? 

Majoriti terbanyak apabila dicampurkan bilangan MP dari PH dan Bebas, tetapi tidak ada satu parti pun yang mempunyai majoriti mudah untuk menamakan calon PM masing-masing. Ini kerana blok pembangkang tidak sepakat dengan siapa calon PM untuk menggantikan PM sekarang.

Begitupun, saya fikir untuk menyelesaikan krisis sekarang, rakyat perlu mendapat kerajaan yang lebih baik.  Sekarang ini keadaan kita teruk: 
  • Rumah ibadat tutup, 
  • Perniagaan banyak gulung tikar, 
  • Hotel tutup, 
  • Universiti dan sekolah tutup, 
  • Pejabat kerajaan separuh berfungsi, 
  • Restoran tiada dine in, 
  • Penganggur bertambah, dan 
  • Hutang bercambah di setiap peringkat kehidupan.

Bukan hanya itu, rentas negeri dan daerah disekat, tetapi kes positif Covid meningkat sehingga 20000 sehari. Semua ini menyebabkan rakyat terkurung dan dihantui ketakutan. Malah ada yang depresi.

Pertanyaannya, jika PN tumbang, siapa calon PM? Jika PN sudah ada TSMY, siapa pula calon PM dari gabungan blok PH dan Bebas?  

Pesan saya pada MP dari blok pembangkang, berhenti dahulu bercakaran sesama sendiri tentang siapa PM. Ingat! Frontliners berjuang menyelamatkan rakyat dan rakyat pula ramai yang bertarung nyawa untuk hidup.  Bertolak ansurlah, fikir rakyat dan negara.

Jika UMNO masih lagi dengan No Anwar, No DAP dan DAP dan Pejuang pula masih lagi dengan No Kleptocrat, berhentilah berpolitik dengan isu percaya terhadap PM.  Tunggu sahaja PRU-15. Ini lebih baik dari memberi harapan palsu kepada rakyat yang mahukan perubahan. 

Rakyat susah sekarang. Mari kita saling membantu mereka dan membina Malaysia yang lebih maju dan sejahtera. 

 "We are not all in the same boat. We are all in the same storm. Some are on super-yachts. Some have just the one oar”—Damian Barr.

Post a Comment

8 Comments

  1. Semua ini tidak akan berlaku jika tun madey tidak bakar kerajaannya.
    Hanya kerana ingin mempunyai kuasa mutlak spt kuasa 22tahun yang pernah dikecapinya.

    Kenapa?!
    Sebab tiada keikhlasan untuk berbakti kepada rakyat dan negara.
    Keutamaan hanya memenuhi kantung legasi yang telah sedia kaya raya.
    Negara bangkrap hanya mitos untuk menjual lambak harta rakyat dan negara.

    Perebutan kuasa telah menghalalkan fitnah, penipuan, rasuah di kalangan mereka.
    Sehingga mereka dah hilang kemaluan menjadi munafik dan hipokrit.

    Semoga pru15 nanti akan terkubur ahli2 politik versi pru14 ini. Bijak berkata2, belum tentu bijak mentadbir negara.
    Ramai yg bijak berkata2 makin nampak penipuannya.

    ReplyDelete
  2. cuba tanya rakyat, betul ka Malaysia Gagal? Ada MP PH tanya sama rakyat kawasan2 mereka, perlu ka tukar kerajaan semasa pandemik ini. Semua dah campak rakyat dlm longkang ja. Bulan2 gaji masuk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Darurat kesihatan?
      Ternyata gagal menangani covid19. Bila gagal ditangani, ekonomi makin memburuk.
      Fakta dan data jelas.
      Top 10 terburuk kes positif dan kematian di dunia. Kekal sampai hari ini.
      Ekonomi pula terburuk di kalangan negara membangun.

      Kenapa gagal? Sebab gagal kawal pandemik. Siapa berani melabur? Siapa berani datang melancung?
      Siapa yang berani berurusan dengan negara yang tinggi peratusan perkapita kes pandemik?

      Darurat? Apa yang dilakukan oleh kerajaan?
      Rakyat ramai mati, ketakutan, kesedihan, hilang kerja, hilang nafkah tapi mat semburit boleh pos dalam sosmed memasak rendang malam raya haji?!
      Sensitif tak si semburit tu dgn nasib rakyat?!!
      Tak sensitif dan bersimpati langsung!!!!
      Tak kena langsung dengan keadaan semasa!!!
      Apa jawatan dia sekarang?!!
      Kenapa buka pintu belakang?!!

      Kalau ko sebagai pemimpin negara, biarlah sensitif dengan situasi semasa yang membabitkan rakyat.Nampak sangat macam tak kesah mati hidup rakyat di bawah mereka.
      Ko boleh pos lap lantai masjid.
      Kenapa tak pos rasa simpati dengan nasib rakyat bawah ko?!
      Bercakap dalam parlimen bukan main berdegar-degar.
      Semoga ketulahan dan sial hidup mereka yang tak peduli dan simpati dengan nasib rakyat yang pernah mengundi mereka....
      GAGAL!!!

      Delete
    2. Propaganda team kluster komunis, kluster mahkamah, dan kuciwan lain jer yg kata pn gagal,
      Seluruh dunia hadapi 'serangan kovid' ni tak kira la apa kejadah agenda globalis covidis ni, yg jelas mesia ni salah satu target serangan wabak, dan yg kuat sangat lobi supaya mesia jadi target ada lah team kluster kominis.
      Yg cuba nak bengapkan anak mesia pun adalah dari team kluster kominis.

      Delete
  3. kelakar sungguh kutip balik apa yang sudah dibuang dalam tong sampah,
    ketua pembangkang kalu berani bawa usul dikembalikan hak raja2 dan agong sebelum krisis pelembagaan
    1994 pada persidangan parlimen september akan datang,
    turut baca:
    https://www.malaysia-today.net/2021/08/06/agong-bound-by-cabinets-advice-apex-court-rules-in-dismissing-anwars-challenge/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kelakar sungguh dengan kebingaian walaun pas. Kalo walaun berani, suruh lebai hadi tarik balik amanat dia dulu dan minta maaf sama waris mangsa tragedi memali.

      Delete
  4. berhati2 dengan puak2 kominis dan seangkatan dengannya akan mengambil kesempatan dengan cara hasutan dan penyebaran berita2 palsu untuk mengelirukan rakyat dengan membuat negara tak aman

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tp yg derhaka sm agong skrg, puak penunggang agama. Ko dah buat report polis?

      Delete