Ini Kelakar! Boboi Luah Perasaan Dalam Parlimen... Hahahaha

Presiden PEJUANG, Mukhriz Mahathir mendedahkan bahawa Ahli Parlimen Langkawi, Dr Mahathir Mohamad dijanjikan jawatan pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) jika Ismail Sabri Yaakob diangkat sebagai perdana menteri. Bagaimanapun berkata, perkara itu tidak berlaku.

“Saya dimaklumkan apabila Ahli Parlimen Bera (Ismail) jumpa Ahli Parlimen Langkawi (Mahathir) sebelum beliau dilantik menjadi perdana menteri baru-baru ini, (beliau) telah dijanjikan MPN akan ditubuhkan sekiranya Bera menjadi perdana menteri dan Langkawi dilantik pengerusinya, malangnya janji tak dikotakan,” katanya ketika membahaskan titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat.
“Adalah cadangan kami, Ahli Parlimen Langkawi (menjadi) pengerusi MPN. Ini kerana, tiada kepentingan politik yang nak diletakkan, beliau sendiri umum akan letak jawatan pengerusi PEJUANG, sekiranya dilantik pengerusi MPN,” katanya.

Mukhriz turut mendakwa kerajaan pimpinan Muhyiddin Yassin sebelum ini “menciplak” idea Mahathir untuk menubuhkan MPN yang diteruskan oleh pentadbiran Ismail.

“MPN dicadang oleh Langkawi sewaktu menghadap Agong sebelum ini, sejurus kemudian kerajaan di bawah pimpinan Muhyiddin umumkan kerajaan nak melakukan Pelan Pemulihan Negara (PPN). Tak apa, kita anggap mungkin ciplak idea, tapi asal niat membantu rakyat kita tidak halang.

“Kemudian menteri kewangan (ketika pentadbiran Muhyiddin) setelah jumpa Ahli Parlimen Langkawi bincang mengenai MPN, kemudian mengumumkan penubuhan MPN, tetapi melantik Pagoh (Muhyiddin) sebagai pengerusi.”

Beliau berkata, pihaknya terkejut apabila kerajaan pimpinan Ismail mengekalkan pelantikan Muhyiddin sebagai pengerusi MPN yang didakwanya gagal mengurus krisis Covid-19 sebelum ini.

“Apa Pagoh boleh lakukan sebagai pengerusi MPN bertaraf Menteri, apabila sewaktu menjadi perdana menteri dengan kuasa darurat pun tidak mampu lakukan (tangani krisis Covid-19)?” soalnya.

Beliau berkata, ini berbeza dengan cadangan awal Mahathir bahawa MPN akan dibarisi pakar.

“Sebaliknya, kini kita dapati hanya 50% pakar dilantik dalam MPN, 25% adalah ahli politik kerajaan dan 25% daripada pembangkang,” katanya.

Semalam, Ismail mempertahankan keputusan melantik Muhyiddin sebagai pengerusi MPN bertaraf menteri.

Ismail berkata, pelantikan Muhyiddin dibuat memandangkan bekas perdana menteri itu memegang jawatan tersebut sejak MPN ditubuhkan ketika pentadbiran Perikatan Nasional (PN).

Post a Comment

2 Comments

  1. Nasihat dan pandangan rakyat marhaen pada Menteri Wilayah Persekutuan

    Mantan Menteri Wilayah berhujah balas dengan Mentori Wlayah Arau pasal pembangunan Kg Baru yang 22 tahun 22 bulan tak jalan dan tak pernah helokk..!!

    22 tahun dolu ada sekor mamak jadi belukang tanah di Kg Baru... broker belukang menyebabkan prnduduk Kg Baru lokos kena kencing oleh mamak ini. Akhirnya perniagaan 'Buisness Fokus' melingkup satu satu dan gelaran Datuk pun ditarik balik...

    Datuk broker@belukang ini akhirnya lesap ke luar negara dengo2 melingkup ke Afrika Selatan... macam Jho Low jugak lesap melingkup tah ke mana ada yg kata jadi beruang ini berlaku semasa PM ke 4 dan PM ke 7 berkuasa... mcm sial akhirnya..!!

    Soalan mantan Mentri Wilayah@belukang tanah yg tak kesampaian nak sapu tanah Kg Baru menyoal soalan yg bodo dan nampak bangang. Adakah pembangunan Kg Baru dikatakan pembangunan secara runcit dan tak effektif.? Sedangkan kertas bluprint dan plan susunatur Kg Baru sudah diwartakan..!? Soalan klise yang tak mengambarkan IQ seorang menteri.

    Sedarkah di Kg Baru ada 3 pembangunan berskala mega sudah tertegak depan mata org Kg Baru sekarang ini...!? Pemaju orang tempatan Kg Baru sendiri. Beliau seorang gelaran Datuk memiliki ciri ciri seorang pemaju Melayu yg berjaya semasa era Najib sebagai perdana menteri.

    3 Projek kondo dan servis apartment hampir 100% sudah terjual oleh pembeli bumiputra sahaja. Sbb syarat jualan khas untuk Melayu bumiputra sahaja dan Melayu mampu membeli hampir keseluruhan unit unit kondo dan pangsapuri tersebut..!!

    Tahu kah mantan menteri dan menteri Wilayah saiz keluasan ke tiga projek tersebut... lets me explain slowly and clearly sebelum menteri jadi belukang tanah.

    Saiz setiap keluasan tanah tersebut kurang dari 1 ekar... saya ulangggg.. kurang 1 ekar sahaja. Projek kondo ini lebih dulu siap walau masa pendemik Covid 19 melanda jika dibandingkan dengan projek 'non malay' lebih dulu dibuat smpi skg tak siap lagi diseberang sungai berhampiran tanah perkuburan Kg Baru...!!

    Hanya kurang 1 ekar dengan bilangan unit unit kondo dan servis apartment yang sudah terjual hampir RM400 jota..!! Nilai GDV bagi keluasan tanah kurang 1 ekar saja mencecah RM400 juta untuk satu projek.

    Bayangkan nilai GDV bagi 3 projek yang sudah pun tegak siap, terjual dan diduduki dengan keluasan setiap projek itu kurang dari 1 ekar... Pemaju Melayu Bumiputra ini sudah memiliki GDV bagi keseluruhan 3 projek dng jumlah keluasan lebih kurang 3 ekar sahaja nilai GDV hampir RM 1 billion..!!!

    Yang pelik mantan menteri wilayah tak tahu apa yang disoal dan tidak tahu apa yang dinilai berkenaan tanah di Kg Baru.

    Spatutnya tugas Menteri Wilayah hanya lengkapkan infrastruktur yang kondusif dan teratur supaya pembangunan Kg Baru dapat dimajukan secara total...

    Renung renungkan menteri sekalian renung renungkan wahai penduduk melayu Kg Baru.. Jadi kan pemilik pemaju seorang Datuk ini sebagai role model kelian bukan untuk dicemburui dengan hasad dengki...!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fuuu...kalah admin..ko dh blh buka blog sendiri ni..

      Delete