Anwar, Mahathir Gagal, PAS Terima Padah Memalukan! - Keputusan PRN Johor




PRN Johor dah habis dan BN kembali menduduki takhta. PAS kekal tidak menjadi pilihan netizen johor. Walaupun peratusan mengundi teramat rendah, apa yang pasti BN kembali memerintah. Yang boikot keluar mengundi, korang boleh terjun ke dalam laut johor. Daripada memekak tetapi tidak keluar mengundi. Ibarat manusia memakan tahi sendiri. 

DAP kekurangan 3 kerusi. Orang cina masih setia bersama DAP, namun kemenangan MCA sebanyak 4 kerusi boleh dikatakan amat memberangkan. PH yang menggunakan simbolik PH mendapat 11 kerusi, tetapi PKR yang kekal dengan kesombongan lambang mata hanya menjadi mata 1. PKR pada masakini dilihat parti yang tidak berfungsi dan tiada ketokohan MP yang terserlah. Melainkan mereka hanya meratibkan "Jika Anwar PM, Kami Reformasi". Hakikat? Kosong... 

Pejuang, parti atok tua yang hala tuju kosong! Dah boleh bubar. Kami malas nak ulas, yang pasti Pejuang adalah kosong. 

MUDA!   walaupun masih mentah tetapi berjaya menarik anak muda untuk menang 1 kerusi. Agak ghairah dengan peratusan mengundi adalah rendah. Sekiranya mereka berjaya membentang sesuatu perkara yang menakjubkan sebelum PRU15, tidak mustahil MUDA mampu menarik lebih ramai pengundi muda, pengundi atas pagar untuk memilih muda. 

PN - Gerakan Pas Bersatu, sebagai parti yang bergabung dalam pentadbiran kerajaan tetapi mendapat undi yang merosok. Ia sesuatu amat buruk. PAS dan BERSATU harus keluar daripada kerajaan pada hari ini dan membentuk PN lebih utuh dan tidak hanya dijadikan sebagai balaci menyokong sambil malu kluster mahkamah. Kegagalan PN menangkap memenjarakan kluster mahkamah telah menjadi penanda aras rakyat terhadap PN. Ditambah lagi, segala manifesto PAS yang pernah mereka laungkan tetapi mereka tidak mampu terjemahkan apabila berada ditampuk kuasa. Hakikatnya, apakah PAS hanya tahu retorik berkata-kata? 

Bersatu? golongan awalnya mahu menjatuhkan kluster mahkamah tetapi hanya mampu diam membisu seribu bahasa. Dengan kuasa PM yang pernah diberikan, tidak terlalu banyak impak positif untuk meyakinkan rakyat bahawa mereka berkaliber. 

Akhirnya, netizen johor lebih memilih BN. Selepas kegagalan PH ketika memerintah sementara dan kegagalan Bersatu memerintah selepas mereka menikam belakang. Apakah ini penanda rakyat sudah bersedia memberikan BN majoriti memerintah? Dengan hanya peratusan keluar mengundi tidak lebih 60%, masih terlalu awal untuk dirumuskan BN akan menang majoriti pada PRU15

Post a Comment

4 Comments

  1. Mmg ramai x keluar mengundi termasuk aku sendiri (org segamat). Sebab? Kena covid.

    Kg aku ada 700 pengundi berdaftar. Tp yg kuar mengundi tak sampai 300 org pun. Abg aku jd petugas Spr. Lps tghari, dh lepak tgk youtube.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Keseluruhan memang ada peningkatan tetapi disebabkan penambahan pengundi baru secara automatik menyebabkan peratusan menurun.
      Pru14 yang turun mengundi seramai 1.3 juta dpd 1.7juta pengundi berdaftar di johor.
      Prn johor seramai 1.4juta turun mengundi dpd 2.6juta pengundi berdaftar.
      Perlu ada kesedaran kpd pengundi baru tentang hak mereka.

      Mungkin kerana kurang kesedaran serta khuatir dgn jangkitan c19 menyebabkan pengundi baru tidak turun mengundi.

      Delete
  2. dalam semua2 parti,,parti yg paling teruk sekali ialah pas..cantik2 bersama umno memetrai MN, dan menang 7prk...tiba2 terpedaya dan termakan jerat ppbm ( nak kata terpedaya pun,,tak patut sangat,,sbb dlm pas banyak ulamak la katakan,,mungkin kerana terhutang budi dgn ppbm kut,,maklumlah,,menteri penuh dapat 3, duta khas bertaraf menteri lagi,,lain2 lantikan politik lagi...ini kes terhutang budi ni ..) pas sertai PN tanpa memaklumkan hasrat ini kpd umno rakan pas dalam MN. okay,,tak pa la nak sertai pn,,yg presiden pas serta beberapa orang pimpinan pas menyerang umno tu kenapa? kerana umno assobiyyah...habis kenapa metrai piagam mn dgn umno?..ka kerana umno degil ( kata hj hadi ) tak mahu terima ppbm? apa beza pas yg tak mahu tetima pan?..hari i,,Allah swt tunjukkan kpd rakyat wajah sebenar pas....parti ego,,,flip flop dan tiada harga diri. boleh ucap bye bye kpd politik,,rakyat dah kenal siapa pas...parti pemecah belah masyarakat.

    ReplyDelete
  3. Wak Jahit tak boleh komen kunci mulut lepas jumpa Sotan Bangsa Johor sbb kena tunggu Tun tulis surat kot....AMIN

    Surat Tun tak karang lagi...AMIN

    Tun tunggu bateri dia cas penuh dolu.. AMIN

    Banyak isu nak di tulis dalam sorat tu nanti..

    kah kah kah..


    KHALAS

    ReplyDelete