Debat Najib Anwar Malam Ini - Ketahian Atau Kebaikan Mungkin Berlaku?


Persoalannya, apakah debat ini bakal melonjak saham SAPNRG yang berkurun lamanya dibawah harga 10sen. Kalau merujuk kepada malaysiastock, pemegang saham terbesar SAPNRG adalah amanah saham bumiputera. Sekiranya debat anwar & najib bakal memberi satu isu keputusan yang menarik kepada kerajaan, mungkin atau mampu melonjakkan harga saham SAPNRG ke paras agak tinggi.. Mungkin ya, Mungkin ketahian. 

Malaysiakini | Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim dan bekas perdana menteri Najib Razak akan bersemuka dalam sesi debat yang ditunggu-tunggu ramai dan akan disiarkan secara langsung malam ini.

Debat itu dijadual berlangsung di Pusat Pelancongan Malaysia (Matic) di Kuala Lumpur bermula jam 9 malam.

Anwar yang juga presiden PKR, dan Najib (bekas presiden Umno) akan berdebat dalam dua topik iaitu keperluan kerajaan membantu syarikat minyak dan gas Sapura Energy Bhd yang berprestasi buruk, serta isu masa depan Malaysia dari segi ekonomi, politik dan hala tujunya.

Pertembungan dua watak penting politik Malaysia itu dianggap menarik kerana setakat ini Najib dan Anwar belum pernah terlibat dalam debat awam.

Dianjurkan oleh Sinar Harian, ia juga merupakan kali pertama Najib menerima cabaran debat terbuka sejak dia menjadi perdana menteri pada 2009.

Idea untuk mengadakan debat antara Anwar dan Najib tercetus berikutan cabaran yang dikemukakan Naib Presiden PKR Rafizi Ramli kepada Najib bulan lepas.

Ia menyusul selepas kedua-duanya berbalas-balas kenyataan - melalui Facebook - berhubung isu Sapura dan isu-isu yang lain melibatkan dana kerajaan.

Najib kemudian berkata dia bersedia berdebat dengan Rafizi tetapi mahu Anwar turut serta, gesaan yang kemudiannya diterima oleh Rafizi.

Beberapa siri perbincangan membabitkan Najib dan pembantu Anwar dengan kedua-dua pihak bersetuju untuk debat satu lawan satu.

Selain boleh didapati dalam talian, Najib juga menganjurkan siaran langsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) malam ini.

Anwar pula menawarkan peluang kepada orang ramai untuk menyumbangkan soalan yang difikirkan patut diajukan kepada Najib dalam debat berkenaan.

Post a Comment

4 Comments

  1. Ketahian itu kerap kali ada hantaran bolg kamu ini! Kadangkala ada kebangangan juga. Hahaha

    ReplyDelete
  2. Tahi atau kebaikan terpulang.
    Yang penting dapat melihat idea, kebolehan dan pandangan jauh mrk utk negara. Bukan hanya spin kosong.

    ReplyDelete
  3. Kalau bercakap hal tahi nampak macam merujuk kepada atok. Banyak tahi bailout dan keuntungan kepada kroni atok dan daim.
    Penjualan aset negara juga merujuk kepada tahi hasil kebodohan menjual lelong aset yg berpotensi kepada kroni.
    Tahi tersebut patut dibersihkan untuk selama-lamanya. Menyusahkan negara bila kroni diutamakan dan rakyat sila ikat perut.

    ReplyDelete