PKR, pendapat kami.. Kekal menjadi penyebab utama runtuhnya empayar mahathir bersama konco PH. Tiada idea munasabah atau daya tarikan ditonjolkan presiden PKR semasa PH memerintah dan selepas PH diruntuhkan.
Malah, kredibiliti anwar juga sudah tidak menjadi sandaran utama rakyat malaysia dalam mengangkat anwar menjadi PM seterusnya.
Yea, rakyat kebanyakkan menolak najib razak dan zahid hamidi. Atau lebih mudah, kluster mahkamah masih menjadi taruhan kejatuhan BN pada PRU akan datang. Ditambah lagi krisis PAS dan UMNO masih tiada kata sepakat. Yang dilaungkan hanyalah retorik melayu sahaja.
Menurutnya, kekalahan di Sabah, Melaka, Sarawak dan Johor itu banyak memberikan pengajaran bermakna kepada parti itu untuk bangkit.
Justeru katanya, PKR perlu optimis dan tidak mudah menyerah kalah selari dengan slogan membujur lalu melintang patah dan lawan tetap lawan.
"Kita pernah rasa banyak kalah daripada menang, setiap kali kalah kita bangun dengan lebih bergaya.
"Kalau orang rasa kekalahan berterusan ini seperti gelap malam maka percayalah apabila malam semakin pekat, itu menandakan fajar semakin dekat, ada cahaya yang akan menggantikan kegelapan itu," katanya ketika berucap pada Rapat Mega Kita Semua Keadilan Cabang Gombak di pejabat Penyelaras Parlimen Gombak di Taman Samudera di sini pada malam Isnin.
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
0 Comments