Macam Biasa... PKR Berantakan Lagi.. Hahaha


Kami rasa, bersih perlu masuk campur dalam pengurusan pengundian PKR. Cara pengundian yang mungkin lebih telus dan terlebih telus seperti yang digembargembur daripada aktivis bersih. Ambiga, help them pelessss.. 

Harap pemilihan tahun ni, teknik lambungan kerusi, tendangan tanpa bayang, tinju ongbak atau pelbagai shaolin tidak turut serta. Bikin malu aja dong. Naik lori sana sini tuntut PRU yang telus bersih, tetapi.... Begitulah kan. 


Tangguh pemilihan? Saifuddin tak campur tangan urusan JPP -Malaysiakini
Calon timbalan presiden PKR Saifuddin Nasution berkata dia tidak akan campur tangan dalam sebarang keputusan Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) yang diketuai Dr Zaliha Mustafa. Dia berkata demikian sebagai respons kepada kenyataan pencabarnya Rafizi Ramli yang mencadangkan agar pemilihan parti itu ditangguhkan sehingga masalah pengundian diselesaikan. 


Rafizi bangkitkan kelemahan pemilihan PKR - Malaysiakini
Calon timbalan presiden PKR, Rafizi Ramli membangkitkan pelbagai kelemahan dalam sistem pemilihan parti termasuk isu ahli boleh mengundi berkali-kali bagi pihak orang lain.

Perkara itu dinyatakan dalam surat bantahan yang dihantar kepada pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) PKR, Dr Zaliha Mustafa.

“Pengundi tidak diberikan slip (sama ada kod QR atau seumpamanya) yang boleh mengehadkan agar mereka mengundi sekali sahaja.

"Pengawas JPP hanya menyemak maklumat keanggotaan, selepas itu pengundi dibenarkan masuk tanpa pemantauan.

"Kelemahan sistem ini membuka kepada risiko penipuan apabila seorang pengundi boleh membawa satu senarai anggota dengan nombor kad pengenalan dan mengundi berkali-kali bagi pihak pengundi lain,” katanya dalam lampiran surat yang turut dihantar kepada Presiden PKR, Anwar Ibrahim.

Rafizi berkata keadaan itu turut dirakamkan dalam satu video ketika pemilihan di Cabang Tanah Merah dan bukti berkenaan juga dihantar kepada JPP.

Ia katanya, antara masalah yang dilaporkan di kebanyakan pusat mengundi sejak Jumaat lalu.

Post a Comment

0 Comments