Otak Korang Tertinggal Dalam Pampers Tak?

Kalau Otak tu pakai buang, elok dibuang Otak yang ada tu. Bangkai punya orang!

Tempoh masa tiga jam diambil sekumpulan penduduk Padang Tengku, di sini, untuk mengutip 30 beg dipenuhi sampah sarap yang ditinggalkan oleh pengguna Lebuhraya Central Spine Road (CSR) dari Merapoh ke Gua Musang.

Penduduk Tengku Al Malek Faizal Tengku Kasim, 42, berkata dia bersama lima penduduk lain menyedari banyak sampah membabitkan jarak 400 meter laluan itu lalu mengambil inisiatif mengutip sampah sarap yang bertaburan berkenaan.

"Kami rasa terpanggil untuk membersihkan kawasan terbabit sebab terlalu kotor dan berbau busuk serta menyakitkan mata memandang.

'Inilah keadaannya setiap kali cuti perayaan dan cuti sekolah sejak lima tahun lalu, sampah dibuang merata-rata dari kenderaan yang melalui jalan itu, " 

Pelbagai sampah ditemui terutama sisa makanan, bekas makanan, polisterin, plastik, tin minuman mahupun lampin pakai buang.

(Adun) Padang Tengku, Datuk Mustafa Long berkata, beliau memuji sikap penduduk apabila sanggup mengutip sampah secara sukarela.

Menurutnya, isu berkenaan berlarutan sejak sekian lama sekitar lima tahun lalu apabila laluan berkenaan dibuka dan masalah sampah akan muncul pada musim perayaan apabila orang ramai pulang ke kampung.

"Saya minta pengguna jalan raya supaya lebih bertanggungjawab dan berdisiplin dalam menjaga kebersihan kerana dalam Islam kita dituntut untuk mengutamakan kebersihan.

"Namun begitu, setiap kali musim cuti panjang juga laluan dari Padang Tengku ke Gua Musang dipenuhi sampah-sarap termasuk sisa makanan.

"Pengguna sepatutnya bersyukur kerana kerajaan menyediakan lebuh raya yang lebih selesa dan sewajarnya ia dijaga terutama dari segi kebersihan," katanya.


HMetro 

Post a Comment

1 Comments

  1. Bina lah RNR, supaya mudah pengguna jalan raya hendak berhenti rehat, buang hajat dan juga nak buang sampah di tempat yang disediakan. Cuba lihat PLUS dan LPT, sampah di jalan raya terkawal tidak spt CSR.

    ReplyDelete