Gambar Kereta MP Jelutong Kemalangan, Boleh Tahan Teruk...

Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer mengalami kecederaan ringan selepas kenderaan dinaikinya terlibat dalam kemalangan di KM425.3 Lebuhraya Utara Selatan dekat Bukit Beruntung pagi Jumaat.

Pegawai Khas beliau, S. Griba ketika dihubungi Bernama berkata, Rayer telah menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh dan telah dibenarkan pulang kira-kira jam 5 petang tadi

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Supt Arsad Kamaruddin dalam kenyataan berkata kemalangan berkenaan berlaku pada jam 8.55 pagi tadi melibatkan Toyota Alphard yang dinaiki Rayer bersama empat penumpang dan seorang pemandu telah melanggar bahagian belakang kenderaan jenis Ford Kuga setelah kedua-dua kenderaan tersebut menukar lorong bagi mengelak sebuah objek besar di atas jalan raya.








Post a Comment

0 Comments