Setakat Tukar PAS Kelantan, Yang Masalah Exco PAS Kelantan... Mati Idea..




Apa masalahnya kalau nak tukar pemerintahan PAS kelantan, jadi isu agama terbesar ker. PAS berada dalam kerajaan persekutuan sekarang, boleh selesaikan masalah rakyat tak. Masalah PTPTN selesai tak, masalah saliran air kelantan selesai tak, masalah harga parking kelantan paling termurah tak, masalah rumah daif kelantan selesai tak. 

Tak jugak kan. 

Apa masalah kalau rakyat kelantan mahu beralih kepada pemerintahan lain. Exco kerajaan negeri PAS kelantan perlu digoncang supaya mereka tidak lena dibuai mercedes baru. 

Bagaimana rakyat boleh menjatuhkan kerajaan BN yang berpuluh tahun memerintah, macam itu jugalah rakyat kelantan boleh menterbalikkan pemimpin merc kelantan. 

Isu umno dulu buat, pkr dulu buat, negeri PH juga teruk, itu semua hanya retorik isu yang dimainkan. Apa yang rakyat kelantan perlu persoal & tahu, apa tindakan kerajaan PAS sekarang buat. 

Ekonomi kelantan pada harini digerakkan dan dimajukan oleh rakyat kelantan sendiri. Kebanyakkan mereka berniaga dan berjaya menaikkan serta menarik rakyat kelantan sendiri untuk keluar daripada kepompong kemiskinan. 

Cebisab rakyat kelantan yang masih susah, yang masih memerlukan bantuan, itu kerajaan negeri perlu persoalkan exco mereka. Apa idea yang mampu mereka janakan untuk menarik kembali perhatian rakyat supaya memilih PAS sebagai kerajaan. 

Sekiranya mereka tidak mampu, mereka perlu bersedia untuk kosongkan semua kerusi exco kerajaan negeri kelantan. 

PAS kelantan perlu hentikan retorik menyalahkan orang lain kerana kegagalan sendiri. 

Tukar kerajaan memerintah bukan tukar agama.
Menjatuhkan kerajaan BN bukannya menjatuhkan melayu. 


Post a Comment

0 Comments