Tiada Lagi Subsidi Minyak Masak Botol... Bertabahlah & Berbanggalah Negara Kita Masih Pengeluar Minyak Masak..

 No photo description available.

Subsidi minyak masak tulen botol dua hingga lima kilogram (kg) dimansuhkan bermula 1 Julai ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, tindakan itu diambil bagi memastikan bekalan bahan makanan dalam pasaran akan lebih stabil dalam jangka masa yang panjang dan seterusnya menstabilkan harga barangan.

Bagaimanapun subsidi bagi minyak masak paket satu kilogram masih diteruskan.

"Sebenarnya, program subsidi minyak masak tulen untuk botol ini hanyalah sementara, ketika pelaksanaan pada 2021 itu kita buat dalam tempoh tiga bulan sahaja iaitu Ogos, September dan Oktober.

"Bagaimanapun, ketika itu kerajaan berpendapat kita patut lanjutkan dan disebabkan itu ia dilaksanakan sehingga kini. Kini kerajaan merasakan tibalah masa untuk dimansuhkan supaya boleh memberi fokus bagaimana untuk membantu golongan yang memerlukan.

"Kerajaan boleh memberikan bantuan yang lebih bersasar; bagaimanapun, segala bentuk bantuan ini akan diperincikan oleh Kementerian Kewangan,"

Post a Comment

0 Comments