Perdana Menteri Ranil Wickremesinghe memberi keizinan kepada tentera Sri Lanka untuk melakukan apa sahaja yang perlu bagi mengembalikan ketenteraman selepas penunjuk perasaan menyerbu pejabatnya kelmarin, lapor stesen penyiaran BBC.
Wickremesinghe dilantik sebagai pemangku Presiden selepas Presiden Gotabaya Rajapaksa melarikan diri ke Maldives awal kelmarin.
Bagaimanapun, pelantikan Wickremesinghe mencetuskan bantahan seterusnya oleh rakyat Sri Lanka yang mendesak supaya beliau turut berundur.
Sejak awal tahun ini, krisis ekonomi Sri Lanka yang bermula pada 2019, menjadi semakin buruk sekali gus paling dahsyat dalam tempoh beberapa dekad.
Rakyat menyalahkan pentadbiran Rajapaksa sebagai punca krisis ekonomi Sri Lanka dan menganggap Wickremesinghe yang menjadi Perdana Menteri pada Mei lalu sebahagian daripada masalah tersebut.
Rajapakasa melarikan diri ke Maldives selepas kediaman rasminya diserbu oleh penunjuk perasaan pada Sabtu lepas.
Beliau bagaimanapun masih belum menyerahkan surat rasmi peletakan jawatannya.
Peguam hak asasi Sri Lanka, Bhavani Fonseka memaklumkan bahawa apa sahaja boleh berlaku dalam situasi sekarang termasuk tentera mengambil alih pentadbiran negara.
Perlembagaan Sri Lanka adalah kukuh. tentera tidak pernah campur tangan dalam hal politik atau kerajaan.Namun dalam keadaan tidak terkawal seperti sekarang, semua kemungkinan boleh berlaku,” kata Fonseka.
1 Comments
sebelum puak pengganas LTTE mengambil kesempatan situasi yang tidak tenteram dan tidak menentu pihak tentera harus mengambil alih pujuk pimpinan sekarang yang tidak memihak kepada mana2 kumpulan utamakan keselamatan negara dan rakyat umum amnya, kat malaysia pun ada puak LTTE yang masa ketika dahulu masa pemerentahan siapa agaknya
ReplyDelete