IRAN GERAKKAN SEHINGGA 1 JUTA TENTERA, TANDA PERANG DARAT AS DI ASIA BARAT SEMAKIN HAMPIR
Bilionair ‘Hilang’: Dimana Jack Ma Sekarang?
Konspirasi Iluminati - Ketua Iluminati 2025 (Kita Semua Akan Hapus)
Peninggalan Sejarah - Perlu Roboh Atau Stay Jer Jadikan Rumah JIN
16 Jahitan - Pada Kerana Lapor Penyelewengan Lepada SPRM
Najib Patut Dikenakan Tindakan Tegas! π€¬
Perdana Menteri Lari, Tentera Ambil Alih Pemerintahan - Sri Lanka
Perlembagaan Sri Lanka adalah kukuh. tentera tidak pernah campur tangan dalam hal politik atau kerajaan.Namun dalam keadaan tidak terkawal seperti sekarang, semua kemungkinan boleh berlaku,” kata Fonseka.
Isu Waris Sultan Sulu Sita Aset Petronas Di Azerbaijan, 3 Persoalan Najib Perlu Jawab!

Ramai yang minta saya kupas isu waris Sultan Sulu menyita aset Petronas di Azerbaijan. Selalunya kes-kes perundangan ini, saya ambil masa untuk kupas kerana banyak perkara perlu diteliti. Banyak fakta dan dokumen perlu diperhalusi.
Namun, sebelum saya nak mengulas penuh, ada banyak persoalan tersirat yang Najib Razak kena jawab. Bukan apa, sebab datangnya dari Najib saya sedikit skeptikal.
Dia mengaku di mahkamah yang dia kena scam sampai negara rugi berbilion. Kalau kita dok percaya lagi cerita mangsa scam ini berulang-ulang, takut kita pun discam sama. Nauzubillah…
Baik, kita mula.
Najib kata dia hentikan bayaran RM5,300 setahun kepada waris Sultan Sulu kerana mereka menyerang Lahad Datu. Untuk rekod, bayaran ini telah dibuat sejak tahun 1879 sehingga tahun 2013.
Selama 134 tahun, waris Sultan Sulu menerima “sewa tahunan” daripada British North Borneo Company, seterusnya oleh British dan selepas itu oleh Kerajaan Malaysia (1963).
Ini soalan-soalan yang kita perlu tanya kepada Najib:
Soalan Pertama : Kenapa agaknya walaupun sejak tahun 1963 waris Sultan Sulu terima bayaran tahunan daripada Malaysia, pada tahun 2013 mereka memberontak dan merusuh di Lahad Datu?
Adakah ada apa-apa tuntutan yang dibuat? Naikkan bayarankah, atau ada yang janji untuk bagi tanahkah?
Kena ingat ya tuan puan, ini bukan cerita teroris. Ini cerita orang yang buat perjanjian dengan kita. Lepas itu tiba-tiba dia amuk. Takkanlah. Apa cerita di sebaliknya?
Kena ingat juga, kerajaan Najib juga merupakan pengantara dan pendamai antara kerajaan Filipina dan kumpulan separatis Moro, MNLF. Yang ada waris Sultan Sulu di dalamnya.
Apa sebenarnya berlaku di sana? Kenapa tidak boleh kawtim dengan mereka? Adakah kerajaan Najib gagal mengawal mereka sehingga mereka merusuh ke dalam negara?
Perlu juga kita tahu ya, Malaysia adalah negara yang memberikan senjata dan training kepada kumpulan MNLF ni sejak sekian lama. Boleh dengar temuramah Nur Misuari dengan Al-Jazeera. Najib disebut banyak kali di dalamnya.
Makanya, apa logiknya, kita bantu mereka, kita jadi pendamai, tiba-tiba mereka menyerang kita?
Apa sebenarnya yang tidak diberitahu pada rakyat?
Soalan Kedua : Keputusan Najib dibuat untuk hentikan bayaran tahunan kerana rusuhan itu. Namun, dua soalan yang berkaitan ialah:
A. Adakah dibolehkan dalam perjanjian pemberhentian bayaran tersebut kerana rusuhan Lahad Datu?
Peruntukan mana yang membolehkan sedemikian? Ada analis kata Najib hanya guna “gentleman agreement masa zaman Tunku”. Yang kata boleh dapat bayaran selagi tidak merusuh. Namun, kalau tiada perjanjian bertulis dan saksi berkaitan, mana mungkin mahkamah terima?
Kena ingat ya, masa zaman British, ada waris Sultan Sulu yang menyerang pengkalan British, tapi British masih lagi teruskan bayaran mengikut perjanjian.
Kenapa Najib suka suka tidak mahu bayar? Kalau ya pun nak hukum perusuh, bawa mereka ke muka pengadilan bukannya melanggar terma perjanjian.
B. Bolehkah kita kenal pasti yang merusuh itu merupakan pihak-pihak yang sama yang terikat dalam perjanjian?
Ada kenyataan waris Sultan Sulu yang menerima bayaran bahawa yang merusuh itu bukan waris Sultan yang sebenar. Mereka bertindak atas kemahuan sendiri, bukan mewakili pihak yang menerima bayaran dari Malaysia.
Ada juga artikel yang mengatakan pihak yang merusuh itu menyerang kerana diketepikan haknya untuk berunding dengan Malaysia dan Filipina.
Makanya, kalau dibawa ke mahkamah, adakah pentadbiran Najib ada bukti nyata yang merusuh itu memang orang-orangnya yang kita bayar? Sampai kita perlu hentikan bayaran serta-merta?
Soalan Ketiga : Selepas ketegaq taknak bayar pampasan tahunan kepada waris Sultan Sulu pada tahun 2013, apa sebenarnya tindakan yang Najib buat ke atas perjanjian itu.
Dia hantar surat, batalkan perjanjian, dia bawa mereka ke mahkamah? Tiada butirannya.
Tiba-tiba waris Sultan Sulu tidak puas hati dan saman kita di Tribunal Antarabangsa. Itupun kerajaan Najib bolayan hingga mereka menuntut sampai RM65 bilion pula. Ini termasuk untung minyak Sabah.
Hanya kerana RM5,300 setahun, kita terdedah kepada tuntutan RM65 bilion. Tak ke bahana? Takkan tiada cara lain untuk hukum perusuh di Lahad Datu, tanpa bawa implikasi kepada negara?
Najib Razak tidak boleh hanya selektif dalam memberitahu fakta mengenai kes ini. Perkara yang betul-betul patut diperhalusi, betulkah tindakan menghentikan bayaran tahunan itu? Apa justifikasi undang-undang mengenainya?
Banyak yang tersirat yang belum keluar. Beliau sebagai Panglima Bugis, gagah perkasa, kena keluarkan semuanya. Jawab soalan di atas dulu. Baru kita boleh tahu.
Pasal Tommy Thomas pun satu hal juga, saya akan kupas dalam posting seterusnya. Sebab pakcik ni pun bukannya selalu buat tindakan tepat untuk negara. Ada juga yang tidak kena.
Kes ini makin pelik sebenarnya. Yang dirampas oleh waris Sultan Sulu pula aset Petronas yang sudah dijual ke Rusia. Dah seperti rampasan itu wayang dan tidak berjaya pula.
Macam banyak hidden hands dan game di situ yang kita tidak tahu. Lebih afdal kita tunggu juga jawapan Jabatan Peguam Negara.
Satu perkara kita kena tahu, politik ini serupa perang. Perang mendapatkan endorsement/ pengesahan majoriti kita. Makanya seperti perang-perang lain, akan banyak propaganda dan taktik yang mereka tidak mahu kita lihat dan sedar.
Saya selalu cakap sebagai pengundi kita ini bukan macam penyokong bola. Kita nak side kita menang saja.
Sepatutnya, pengundi harus bertindak sebagai referee. Sebelum nak beri kemenangan, tengokkan dulu game mereka ni. Apa taktik yang keluar, bila pula nak kena bagi kad merah?
Ini baru tahap satu pihak buat strike, side satu lagi tak mula defend lagi. Entah gol, entah tidak.
So just chill and relax and enjoy the game. When the time comes we assign the winner, ya.
Wallahu a’alam.
PIL Rangsang Keberanian Bernilai RM3.8 Juta
Pil Captagon dipercayai merupakan dadah jenis baharu yang biasa digunakan ahli militan dalam merangsang keberanian untuk melakukan kegiatan keganasan,
Design Hina Jata Negara Pernah Dipamer Secara Public Zaman Pemerintahan BN?
Bagi yang tak tahu, artwork yg digunakan sebagai design kulit buku yg didakwa "menghina Jata Negara" sebenarnya sebuah oil painting lama. Pernah dipamerkan dalam sebuah art exhibition yg terbuka pada orang awam di sebuah galeri di KL, 6 tahun dulu masa zaman BN pada tahun 2014. pic.twitter.com/aNbYLubHks
— Fahmi Reza (@kuasasiswa) June 29, 2020
LTTE Ke Mahkamah Persekutuan Pulak Dahhh...

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menangguhkan keputusan permohonan ikat jamin Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Seremban Jaya P Gunasekaran ke Mahkamah Persekutuan berhubung dakwaan mempunyai hubungan dengan kumpulan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).
Peguambela Ramkarpal Singh berkata, keputusan itu dibuat selepas dua hakim berbeza pendapat berhubung sama ada Seksyen 13, Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (Sosma) 2012 bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.
(Penangguhan) ini adalah penting kerana sekarang terdapat dua keputusan yang berbeza mengenai isu ini di Mahkamah Tinggi dan oleh itu adalah wajar mahkamah yang tertinggi iaitu Mahkamah Persekutuan untuk membuat satu keputusan muktamad berkenaan isu yang akan terpakai kepada semua Mahkamah Tinggi dan mahkamah rendah selepas ini.
Jadi kami berharap dapat satu tarikh untuk pendengaran di Mahkamah Persekutuan secepat mungkin
Notis Usul bertarikh 10 Februari menyatakan persoalan undang-undang iaitu sama ada Seksyen 13 Sosma adalah tidak berpelembagaan dirujuk kepada Mahkamah Persekutuan untuk diputuskan.
"Permohonan Jenayah no:WA-44-335-12/2019 ditangguhkan dan/atau tidak diputuskan oleh mahkamah yang mulia ini sehingga persoalan sama ada Seksyen 13, Sosma adalah tidak berpelembagaan diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan.
"Lain-lain relief dan/atau perintah-perintah yang mahkamah yang mulia ini fikiran wajar, sesuai dan/atau adil," menurut notis usul tersebut.
Notis Usul tersebut turut menyatakan seorang tertuduh lain iaitu Adun Gadek, G Saminathan yang telah dituduh di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur di bawah Seksyen 130J (1)(a) Kanun Keseksaan.
Akta itu membenarkan penahanan selama 28 hari.
Pada 29 November, Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali, ketika membuat keputusan terhadap Saminathan, menyatakan bahawa Seksyen 13 adalah tidak berperlembagaan kerana ia adalah di luar budi bicara bidang kuasa kehakiman untuk menilai sama ada untuk membenarkan atau menolak ikat jamin.
Bagaimanapun, dua hari lalu, Hakim Mohamed Zaini Mazlan pula tidak bersetuju bahawa Seksyen 13 Sosma adalah tidak berperlembagaan.
Ia berikutan keputusan mahkamah menolak permohonan peniaga B Subramaniam yang menghadapi pertuduhan memberi sokongan berkaitan kumpulan pengganas LTTE, supaya dibebaskan dengan jaminan sehingga kesnya selesai.
Hakim Muhammahd Jamil Hussin pula hari ini menetapkan tarikh 13 Mac sebagai tarikh pengurusan kes ke Mahkamah Persekutuan.
Malaysiakini
4 Peluru Berpandu Israel Berjaya Dipintas

Tentera Syria semalam berkata pesawat Israel menyerang pangkalan udara T4 di wilayah Homs dan pertahanan udaranya menembak jatuh beberapa peluru berpandu dalam serangan yang hanya menyebabkan kerosakan benda.
Seorang jurucakap tentera memberitahu media rasmi bahawa 4 peluru berpandu Israel tidak sampai pangkalan itu, tetapi pertahanan udara memintas beberapa peluru berpandu lain.
Israel berulang kali mengebom militan-militan yang disokong Iran di Syria, mengatakan matlamatnya menamatkan keberadaan tentera Iran di negara yang bergolak itu.
Israel dalam tahun-tahun kebelakangan ini beberapa kali menyerang pangkalan udara T4, yang menurut sumber perisikan Barat digunakan Kor Pengawal Revolusi Islam Iran sebagai pangkalan.
Israel sebelum ini berkata Iran menggunakan pangkalan T4 untuk memindahkan senjata kepada Hezbollah, kumpulan militan Syiah yang pernah bertempur dengan Israel dalam perang pada 2006.
FreeMalaysiaToday
Ini Sejarah Kenapa LTTE Gerakan Gerila Merbahaya!

Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) adalah salah satu daripada beberapa kumpulan gerila yang berjuang menentang kerajaan Sri Lanka bagi mencapai kemerdekaan di utara dan timur kepulauan itu, yang mana majoriti penduduknya berketurunan Tamil.
Secara beransur-ansur LTTE semakin dikenali di kalangan kumpulan-kumpulan ini dan di kemuncak kekuasaannya berjaya melebarkan pengaruh dengan mendirikan wilayah sendiri di utara negara itu.
Meskipun kumpulan itu dikutuk kerana menggunakan tentera kanak-kanak, pengebom bunuh diri dan melakukan pembunuhan politik, LTTE berjaya menarik sokongan dari kalangan mereka yang berasa ditindas oleh kaum majoriti Singhala.
Pada tahun 2009, LTTE dikalahkan oleh tentera Sri Lanka dan tokohnya Velupillai Prabhakaran serta kebanyakan pemimpin lain terbunuh, manakala yang lain ditangkap. Lebih 10,000 anggota ditahan.
Punca peperangan
Dari segi sejarah, gelombang penghijrahan etnik Tamil ke Sri Lanka berlaku sejak beribu-ribu tahun.
Kerajaan-kerajaan Tamil wujud di utara bersama dinasti Singhala di selatan dan tengah pulau itu.
Malah etnik Tamil semasa pemerintahan dinasti Chola yang berpusat di Thanjavur (Tamil Nadu moden), juga pernah menakluki pulau itu.
Kekuatan mereka memuncak di bawah pemerintahan raja Rajendra Chola I yang menakluki sebahagian besar pulau itu pada 1017 dan menculik Raja Singhala, Mahinda V.
Walaupun raja-raja Singhala secara beransur-ansur kembali ke tanah air mereka, sebuah kerajaan Tamil yang bebas wujud selama beberapa abad yang berpusat di sekitar bandar Jaffna.
Apabila Sri Lanka diberikan kemerdekaan dari penjajah pada tahun 1948, etnik Tamil mendapati mereka menjadi minoriti, dengan kaum Singhala membentuk 69 peratus daripada penduduk di pulau ini.
Ketegangan kaum memuncak pada tahun 1956 dengan lulusnya Sinhala Only Act yang menggantikan bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi negara.
Bantahan itu membawa kepada pembunuhan kaum dengan lebih 100 orang Tamil dibunuh. Pada tahun 1958 jumlah kematian makin meningkat ketika ketegangan antara Singhala dan Tamil meletus lagi.
Kelahiran LTTE
Pada tahun 1970, Sri Lanka menjadi semakin berpecah. Ini termasuk kebangkitan pelampau Singhala berhaluan kiri melalui Janatha Vimukthi Peramuna yang melakukan pemberontakan terhadap kerajaan Sirajamo Bandaranaike pada tahun 1971. Dianggarkan 30,000 orang kehilangan nyawa.
Pada masa ini ramai pemuda Tamil berasakan bahawa ahli politik mereka terlalu mengalah kepada kerajaan persekutuan.
Beberapa pemuda Tamil mula menjalankan operasi gerila terhadap pihak berkuasa dan berakhir dengan pembunuhan terhadap Datuk Bandar Jaffna, Alfred Duraiappah yang ditembak mati di sebuah kuil pada 1975. Pembunuh bertopeng menyasarkan beliau kerana dikatakan mengkhianati masyarakat Tamil.
Beberapa tahun selepas itu kumpulan yang dikenali sebagai Tamil New Tigers mendakwa Duraiappah ditembak oleh Velupillai Prabhakaran, yang kemudian menjadi watak utama dalam LTTE.
Perang Saudara bermula
Persengketaan etnik terus meningkat. Berikutan pilihan raya umum pada tahun 1977, lebih 300 orang Tamil terbunuh dalam pembunuhan anti-Tamil, manakala pada tahun 1981, perpustakaan Jaffna yang bersejarah dibakar oleh pasukan keselamatan negeri.
Pada tahun 1983 berlaku peperangan dasyat dengan peristiwa yang dikenali sebagai Black July. LTTE menjalankan serangan hendap terhadap tentera Sri Lanka dengan membunuh 13 askar, dan sebagai tindak balas ratusan atau mungkin ribuan orang Tamil dibunuh.
Dalam suasana Perang Dingin adalah mudah bagi kumpulan pemberontak mendapatkan senjata, sokongan kewangan dan latihan. Oleh itu terdapat beberapa kumpulan turut bersaing dengan LTTE.
Pada April 1984 Ketua Menteri Tamil Nadu M Karunanidhi menjemput pemimpin lima kumpulan militan Tamil terkemuka iaitu Front Revolusi Pembebasan Rakyat Eelam (EPRLF), Pertubuhan Revolusi Pelajar Eelam (EROS), Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE), Pertubuhan Pembebasan Rakyat Tamil Eelam (PLOTE) dan Pertubuhan Pembebasan Tamil Eelam (TELO), untuk mengadakan perbincangan ke arah menyatukan kumpulan-kumpulan ini.
Ia bagaimanapun gagal dan seiring dengan waktu LTTE menjadi kumpulan dominan apabila menghapuskan pesaing-pesaingnya dengan melakukan penangkapan dan pembunuhan.
LTTE juga terkenal kerana penggunaan askar kanak-kanak, pengebom bunuh diri dan pembunuhan politik, termasuk ramai ahli politik Tamil beraliran sederhana yang masih menyokong kerajaan Persekutuan dan tidak menyokong pembentukan negara Tamil.
Walaupun reputasinya menggunakan pendekatan ganas, LTTE mendapat banyak simpati dan sokongan kewangan dari segenap penjuru.
Organisasi itu mendapat pembiayaan dari beberapa tempat termasuk dari Malaysia.
Selvarasa Pathmanathan, yang menjadi ketua jurucakap antarabangsa LTTE, beroperasi dari Malaysia dari tahun 1987 hingga 1990 sebelum beralih ke Thailand.

Di kemuncaknya, LTTE mengendalikan sebuah negara 'de facto' di bawah kawalannya yang dinamakan Tamil Eelam dengan Kilinochchi sebagai pusat pentadbiran.
Ia menubuhkan tentera udara sendiri dan tentera laut, mempunyai mata wang sendiri, radio, televisyen serta sistem kesihatan, pendidikan dan mahkamah.
Hubungan LTTE dengan India menjadi buruk dengan kehadiran tentera India (Peace Keeping Force India) dari tahun 1987 hingga 1990.
Pada bulan Mei 1991 seorang pengebom bunuh diri membunuh bekas Perdana Menteri India, Rajiv Gandhi dan 14 yang lain pada perhimpunan di Sriperumbudur, Tamil Nadu.
Dua tahun kemudian, satu lagi pengebom bunuh diri meragut nyawa Presiden Sri Lanka, Ranasinghe Premadasa.
Tahun-tahun terakhir
Walaupun popular kerana melakukan pembunuhan, LTTE secara umumnya mengekalkan tahap kekuatan dan sokongan selama 20 tahun.
Pada satu ketika pada tahun 2002, LTTE menggugurkan tuntutan untuk mewujudkan negara pemisah dengan cuba menyelesaikan masalah autonomi serantau.
Perjanjian gencatan senjata diisytiharkan dan peperangan dilihat berakhir dengan penyelesaian kekal, tetapi perbincangan terhenti selepas enam pusingan, apabila wilayah itu dilanda teruk oleh tsunami Asia pada tahun 2004.
Pada tahun 2006, Presiden Sri Lanka, Mahinda Rajapaksa (gambar atas) memutuskan untuk mengekalkan keamanan dan memusnahkan LTTE secara ketenteraan. Taktik-taktik peperangan darat digunakan termasuk pembantaian orang awam Tamil di kem-kem tahanan.
Akhirnya, pada bulan Mei 2009, LTTE ditewaskan melalui ketenteraan dan Velupillai terbunuh bersama seluruh keluarganya dan kebanyakan penyokongnya yang setia.
Perang selama 26 tahun itu mengorbankan kira-kira 80,000 hingga 100,000 orang. Banyak kekejaman hak asasi manusia dilakukan terhadap orang awam dalam usaha terakhir tentera Sri Lanka untuk mencapai kemenangan.
Selvarasa, yang cuba menghidupkan LTTE ditangkap di sebuah hotel Kuala Lumpur dalam tempoh tiga bulan selepas kekalahan itu.
Tahun-tahun selepas itu
Sri Lanka terlibat dalam proses pembinaan semula negara itu yang memeritkan.
Velupillai mempunyai pengikut yang pada awalnya enggan percaya dia telah mati, tetapi dari masa ke masa, penyokongnya mengakui tiada sesiapa yang menang dalam peperangan itu.
Pada 4 Sept 2016, Pesuruhjaya Tinggi Sri Lanka ke Malaysia, Ibrahim Ansar diserang di Lapangan Terbang Antarabangsa KL oleh penduduk tempatan.
Sementara itu di India, sebuah parti politik yang dikenali sebagai Naam Tamilar Katchi cuba menghidupkan semula legasi LTTE.
Parti itu dipimpin pengarah filem Seeman yang menyeru penyatuan tanah air Tamil di Tamil Nadu dan utara Sri Lanka.
Ia hanya mendapat sedikit sokongan di kalangan rakyat apabila kurang daripada dua peratus mengundi parti itu pada pilihan raya negeri Tamil Nadu pada tahun 2016, walaupun seramai 234 calon diletakkan.
Tumpuan selama 10 tahun terakhir adalah proses memulihkan semula keadaan, yang turut disokong dari segenap penjuru.
Terdapat ribuan pelarian Tamil Sri Lanka di seluruh dunia dan mereka yang hilang juga mencatatkan angka yang tinggi.
Malaysiakini
Hampir Semua Negeri Mempunytai Cawangan LTTE - Dana Besar Masuk!
Bagaimanapun Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism (E8) Cawangan Khas Bukit Aman, Ayob Khan Mydin Pitchay tidak mendedahkan secara terpeinci mengenai transaksi berkenaan.
“Disyaki dana tersebut digunakan untuk membiayai, mempromosi, merekrut dan menggerakkan program berkaitan LTTE,” katanya pada sidang media khas di Bukit Aman hari ini.
Terdahulu, Ayob berkata setakat ini polis telah menahan 12 individu bagi mencegah penyebaran fahaman kumpulan militan itu di Malaysia.
Katanya, pihak polis turut merampas gambar-gambar pemimpin LTTE, buku, risalah dan bahan-bahan lain yang dikaitkan dengan kumpulan itu.
Ketika ditanya mengapa kini polis mahu bertindak sedangkan aktiviti berkaitan perjuangan Tamil di Sri Lanka bermula sejak tahun 1990-an, Ayob berkata pihaknya mendapati terdapat 'gelombang baru' gerakan itu di negara ini.
“Ada gelombang baru. Ada momentum untuk mewujudkan LTTE. Hampir semua negeri mempunyai cawangan (LTTE),” katanya.
Pada 10 Okt lalu, polis menahan tujuh individu termasuk Adun Gadek merangkap Exco Kerajaan Negeri Melaka, G Saminathan dan Adun Seremban Jaya, P Gunasekaran kerana disyaki terlibat dengan kegiatan LTTE.
Difahamkan dua Adun berkenaan menghadiri majlis berkaitan LTTE di Melaka tahun lepas yang dikenali sebagai Hari Perwira.
Acara itu merupakan majlis tahunan yang diadakan sejak 1990-an di beberapa bandar utama di Malaysia bagi memperingati mangsa perang saudara di Sri Lanka.
Polis hari ini berkata lima lagi ditahan termasuk dua individu dipercayai penganjur acara tersebut, menjadikan jumlah keseluruhan 12 suspek ditahan setakat ini.
Mereka ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 atau Sosma.
Malaysiakini
Kami Tidak Baik, Kami Berpura Sopan Dalam Mahkamah
Dia menghadapi dua pertuduhan menerima wang hasil kegiatan haram berjumlah RM9.5 juta daripada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan dua pertuduhan membuat penyata tidak betul kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Izzat Fauzan, ketika ditemui pemberita berkata pihak pembelaan sudah memfailkan permohonan untuk membatalkan pelantikan Sri Ram bagi mengetuai pasukan pendakwaan.
Pihak pembelaan sudah menyerahkan notis usul dan afidavit kepada pihak pendakwaan. Mahkamah menetapkan 22 Januari depan untuk pihak pendakwaan memfailkan afidavit jawapan berkenaan permohonan itu.
Pengurusan kes seterusnya ditetapkan pada 24 Januari 2019 di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah.
Sementara itu, peguam Sarah Abishegam yang mewakili Muhammad Shafee, ketika dihubungi memaklumkan pihaknya sudah memfailkan permohonan itu minggu lalu.
Pada 13 September lalu, dalam prosiding di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Azura Alwi, Muhammad Shafee memberitahu bahawa dia akan membuat permohonan rasmi untuk melucutkan kelayakan Sri Ram daripada mengendalikan kesnya memandangkan pada masa ini Sri Ram juga mewakili Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Rayuan dalam kes sivil membabitkan isu RM9.5 juta yang sama.
Muhammad Shafee berkata demikian semasa beliau berada dalam kandang tertuduh dan turut memberitahu bahawa beliau tidak mahu Sri Ram dalam apa juga cara terbabit dalam kes yang dihadapinya selain mendakwa Sri Ram berada dalam kapasiti tidak bebas dan mempunyai agenda.
Muhammad Shafee juga mendedahkan di dalam mahkamah terbuka yang hubungannya dengan Sri Ram tidak baik.
Kami tidak mempunyai hubungan yang baik. Kami berpura-pura bersopan terhadap satu sama lain di mahkamah.
Pada 31 Ogos lalu, Peguam Negara, Tommy Thomas, mengumumkan pelantikan Sri Ram yang juga peguam terkemuka, sebagai Timbalan Pendakwa Raya Kanan untuk mengendalikan keseluruhan proses pendakwaan membabitkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Dalam kenyataan medianya, Thomas berkata pelantikan itu seiring dengan Seksyen 376 (3) Kanun Tatacara Jenayah memandangkan Sri Ram mempunyai pengalaman yang luas dalam undang-undang jenayah dan beliau akan berkhidmat secara ‘pro bono’ (tanpa bayaran).
Berita Harian



