Amanah - KPM Perlu Terbuka Terima Kritikan Guru! Desak Tidak Kenakan Tindakan Terhadap Cikgu Fadli



Kementerian Pendidikan (KPM) perlu meraikan kebebasan mengeluarkan pandangan dan tidak mengambil tindakan terhadap guru, Mohd Fadli Salleh, sehingga sampai ke tahap dibuang kerja atau diturunkan pangkat susulan tegurannya, kata Amanah.

“Kami ingin mengingatkan KPM agar tidak menjadi institusi yang mengenepikan kebebasan dalam memberi pandangan dan pendapat dalam kalangan warga KPM.

“Kami menggesa supaya KPM tidak mengambil tindakan yang di luar daripada batas nilai manusiawi terhadap Fadli atas sikap keberanian dan keikhlasan beliau demi melihat sekolahku sejahtera dapat direalisasikan,” kata Pengerusi Biro Pendidikan dan Perubahan Masyarakat Amanah, Hasan Bahrom.

Fadli yang kerap menegur silibus aras tinggi bagi subjek matematik sekolah rendah, kini berdepan tindakan dibuang kerja atau turun pangkat.

Fadli guru matematik di Sekolah Kebangsaan (1) Gombak mendedahkan perkara itu menerusi akaun Facebook miliknya semalam, yang antara lain menegur silibus subjek itu diajar dalam tempoh tidak mencukupi.

Dalam pada itu, Hasan berkata, kebebasan menerima pandangan akan menjadi cerminan pembinaan sistem pendidikan mengambil kira kolektiviti dalam sesuatu urusan.

Katanya, ini bagi mewujudkan persekitaran pendidikan matang, progresif dan harmoni.

“Biro Pendidikan dan Perubahan Masyarakat Amanah memandang serius perihal tindakan yang telah dilakukan oleh KPM atas cadangan hukuman terhadap Fadli berkaitan dengan pandangan yang jujur dan kritikal.

“Sewajarnya, KPM harus melihat pandangan dikemukakan itu sesuatu perkara yang perlu diambil peduli untuk difahami maksudnya,” katanya.

Post a Comment

1 Comments

  1. Dah nak jadi mcm terrorist BLM kat America yg tuduh silibus Math & science disana berat dan sulit untuk pelajar terutama bagi yg masyarakat kulit hitam sehingga menuduh ianya silibus rasis,.
    Tak tau la mcm mana yg berat sgt math skolah rendah tu, tapi bila aku tgk buku math lama bapak aku yg utk form-3 thn1970 (aliran inggris) dah semacam add math spm zaman aku. Tu zaman tv pun masih hitam-putih dan jarang rumah yg ber-tv jauh lagi lah gadget yg mcm sekarang nih.
    Tu zaman pelajar² yg katanya bercita melanjutkan pelajaran ke- UK sbgai pilihan utama, kalau tak dapat nak ke-US, kalau tak dpt kesitu maka ke Canada, Australia & NZ pun tak mengapa.
    Tak boleh jgk maka kat UM pun kira boleh juga.
    Kalau tak juga mana² pusat pengajian mcm usm, ukm, upm etc pun jadi laa.
    Bab masuk itm & maktab guru tu kira dah tak ada rezeki baik la kata mereka.
    Tu yg zaman tu kalau famili yg berduit dihantar jgk keluar negara atas perbelanjaan sendiri.
    Yg penting bagi generasi zaman tu adalah pelajaran itu yg utama jika berpeluang (terutama bagi yg berkedaran).


    ReplyDelete