Kerana jujur dan mengatakan kebenaran, Kementerian Pendidikan Malaysia nak buang kerja saya. Oh Malaysiaku...
Malam ni saya kongsi terus surat dari KPM yang nak buang kerja atau turun pangkat saya. Kerana apa saya nak kena buang kerja?
Adakah saya seorang guru bermasalah di sekolah? Tidak, markah prestasi saya saban tahun melebihi 90%, bahkan mencecah 98%.
Adakah saya selalu MC dan ponteng kerja? Juga tidak. Rekod kehadiran saya ke sekolah setiap tahun sangat cantik.
Adakah saya tumbuk Guru Besar, bergaduh dengan rakan sekerja? Juga tidak, saya sangat disenangi rakan sekerja dan pentadbir.
Adakah saya cabul atau rogol murid? Jauh sekali. Anak-anak didik saya, saya layan ibarat anak-anak sendiri. Saban tahun masa Hari Guru dapat hadiah terbanyak dan Anugerah Guru Popular. Setiap tahun dapat anugerah guru popular dan hadiah paling banyak sejak tahun pertama saya dipostingkan hingga ke hari ini.
Adakah saya bermasalah dengan ibubapa? Pun tidak. Ibubapa dengan saya sangat rapat. Tak pernah bergaduh. Bahkan bila saya ditukarkan dari SK Taman Melawati 2 pada 2016, ibubapa buat petisyen, kutip tanda tangan, bawa ke PPD nak kekalkan saya di sana.
Tak berjaya juga, mereka panjat JPN jumpa Timbalan Pengarah JPN mohon jasa baik kekalkan saya di SKTM2. Kerana mereka tahu saya ditukarkan bukan kerana saya bermasalah, tetapi kerana saya bercakap jujur dan benar mengenai isu PPD masa tu.
Jadi soalnya kenapa KPM nak buang saya? Kerana saya bercakap jujur dan menyatakan kebenaran.
Mereka tak boleh dengar kebenaran. Mereka tak boleh dengan luahan jujur. Mereka hanya nak dengar ampu, bodek, puji puja sahaja.
Saya berkata jujur tentang apa sampai nak kena buang kerja tu? Saya bercakap tentang :
- Beg berat bahaya pada anak-anak kita
- Silibus tinggi dan padat. Silibus syok sendiri.
- Bilangan murid yang ramai dalam kelas.
- Subjek yang banyak murid belajar.
- Masa belajar untuk subjek teras terutamanya Matematik tidak mencukupi.
- Adanya Little Napoleon dalam sistem pendidikan menyebabkan sistem pendidikan kita rosak.
Itu yang saya tulis.
Kata mereka, 'Cikgu perlu guna saluran yang betul. Bukan kat Fb'.
Jangan sembang saluran yang betul dengan saya. Sebab saya dah luahkan dalam saluran yang paling betul, masa penataran buku silibus baru di PPD di hadapan lebih 30 orang guru Matematik daerah Gombak, pegawai PPD dan pegawai JPN.
Sehingga mereka tak mampu berhujah dan menjawab persoalan saya, mereka bawa pegawai BPK dari Putrajaya. Pegawai yang bertanggungjawab membuat silibus baru itu hadir dalam bengkel semata-mata nak menjawab semua persoalan saya.
Dan sampai ke sudah saluran paling betul itu langsung tak memberi kesan apa-apa, bahkan makin menyusahkan.
Beginilah sistem kita. Sistem yang hanya nak mendengar puja puji walaupun ianya penipuan.
Yang pandai membodek, pandai menipu, naik pangkat cepat. Yang menukarkan saya dulu naik pangkat menjadi Timbalan Pengarah Sektor Pembelajaran di JPN sana.
Sedangkan saya yang bercakap jujur dan mengatakan kebenaran hendak dibuang kerja.
Lihat dan baca sendiri semua pertuduhan ke atas saya. Sesiapa tolong bagitahu saya, manakah antara tuduhan itu saya menipu?
Semuanya benar. Semuanya fakta. Semuanya benda umum yang semua orang tahu. Bukan bawah akta kerahsiaan pun.
Tapi, mereka seboleh mungkin nak kaitkan juga kesalahan dengan akta lapok yang sepatutnya lama dah dimansuhkan. Akta yang menyekat sesiapa menyatakan kebenaran jika kebenaran itu pahit dan menunjukkan salah dan lemah mereka.
Habis tu sampai bila? Sampai bila benda salah nak sorok? Sampai bila nak sapu sampah bawah karpet? Sampai bila nak sorok kudis kecil? Tunggu jadi barah hingga tak boleh dirawat lagi? Begitukah?
Selama ini sesiapa jua ingin berkata, didiamkan dengan ugutan tindakan tatatertib. Saya bukan guru pertama timbulkan isu ini.
Berpuluh guru, bahkan beratus guru lain yang pernah persoalkan tentang silibus tinggi, yang jujur bagitahu ada penipuan dalam data KPM, mereka semua disenyapkan dengan ugutan seperti ini.
Maka pakat mendiam semua. Mereka ada anak isteri. Mereka ada komitmen hutang yang perlu dilunaskan setiap bulan. Jika terlucut kerja macamana agaknya kehidupan mereka.
Semua orang fikir tentang periuk nasi. Takut kena sekat pangkat. Takut kena buang kerja. Maka pakat akur walau dalam hati tidak pernah rela.
Hari ini, biarlah saya bangkit hadap semua kezaliman dan kerosakan ini. Biar saya seorang hadap apa jua risiko.
Dibuang kerja. Disekat kenaikan pangkat. Dipancung anugerah dan sebagainya.Biar saya hadap semua itu kerana jika tiada siapa berani berdiri seperti saya pada hari ini, maka kerosakan ini akan terus berlaku sampai bila-bila.
Apa yang saya perjuangkan ini, tidak ada setitis pun untuk kebaikan diri saya. Semuanya untuk kebaikan generasi dan anak-anak kita. Semuanya demi Malaysia yang lebih baik.
Saya ambil risiko dibuang kerja, saya korek tabung simpanan hire lawyer nak fight kes ini sampai akhir.
Jika ditakdirkan kes saya ini kalah di mahkamah, saya akan buat rayuan di mahkamah tinggi untuk fight lagi.
Kalah lagi, lawan lagi. Kalah lagi, lawan lagi. Biar pun jika ditakdirkan Tuhan saya takkan menang seumur hidup saya, namun anak-anak murid saya boleh berkata dengan bangga,
'Aku ada seorang cikgu. Cikgu aku yang sanggup berjuang untuk pendidikan kami sampai dibuang kerja. Sampai ke akhir hayat'.
Buat Little Napoleon dan dinosaur kat atas sana, satu pesanku.
'Penjinak singa hanya mampu membuatkan singa patuh dengan kayu tas dan rotannya. Namun sebaik singa tidak lagi takut akan rotan dan kayu tas itu, penjinaklah harus takut akan singa'.
2 Comments
Semasa pkp dan pembelajaran secara online makin menyerlah kelemahan silibus khasnya matematik tahap 1 khasnya tahun 1.
ReplyDeleteKbat ala mangkuk. Sepatutnya mereka diberi masa dan peluang memamhami dan menguasai asas kemahiran. Bukannya diberi soalan tahap lebih tinggi. Ramai ibu bapa mengadu silibus tak masuk akal. Belum lagi murid yg masih merangkak kemahiran membaca. Ada yg pandai baca tapi nak faham tahap mangkuk memang mangkuk.
Teruskan perjuangan anda cikgu fadhli.Semoga mereka sedar dan tidak berakal mangkuk sampai pencen.
Bagus ada PKP ni. Ibubapa boleh tahu tahap pembelajaran yg direkacipta PPD yang kononnya dari mereka bijaksana.. Bijaksana dalam mengipas kot
ReplyDelete