Ahli Parlimen Ketereh Annuar Musa memaklumkan BN akan tampil dengan formula “sangat meyakinkan” untuk berdepan PRU ke-15.
Malah menteri komunikasi dan multimedia itu berkata, gabungan yang diterajui Umno itu mempunyai kelebihan dalam pelbagai aspek.
"Insya-Allah saya rasa Umno akan tampil dengan satu formula dengan mereka-mereka yang bersama BN.
“BN akan tampil dengan formula politik yang sangat meyakinkan,"
Bagaimanapun dia tidak menjelaskan lanjut apakah bentuk formula yang bakal dihidangkan kepada pengundi nanti.
Sementara itu ditanya sama ada BN bersedia untuk berdepan PRU ke-15 dengan pembubaran Parlimen Isnin lalu, Annuar menegaskan dia percaya semua parti sudah bersedia.
"Sebenarnya bukan saja Umno, tapi semua parti saya harap sudah bersedia.“Lagi pun pembubaran ini bukan pembubaran di tengah-tengah, sebaliknya sudah berada di penggal akhir."Justeru, saya percaya semua parti politik sudah membuat persiapan," katanya."Tahap kesiapsiagaan Umno pada saya adalah baik dan saya menjangkakan sehingga 80 peratus. Majlis kerja tertinggi (MKT) juga sudah meluluskan semua perkara dasar dengan baik."Pucuk pimpinan parti juga sedang buat penyelarasan akhir termasuk berunding dengan parti lain dan kita serahkan kepada mereka," katanya.
2 Comments
ucapan mengampu takut tidak dicalonkan wak ponorogo & geng la tu nuar muso,
ReplyDeletetapi dia ni lebih baik sikit dari geng wak jawa tu.
2x5 dgn atok. Demi kuasa. Bercakap nak tanding lebih 120 kawasan parlimen.Konfiden menang besar walaupun tanda ditolak terbukti di prn johor.
DeleteHarap ph tolak pengkhianat ph nie. Jangan mudah terpesona lidah biawak tua nie. Biarpun dia buat video nangis meraung 2.0 bersama dengan cucunya.