PAS Tidak Bubar DUN Kelantan, Terengganu & Kedah



PAS hari ini mengekalkan pendirian mereka untuk tidak membubarkan sebarang dewan undangan negeri (DUN) yang ditadbirnya.

Presiden PAS Abdul Hadi Awang berkata keputusan itu dicapai dalam mesyuarat jawatankuasa kerja PAS Pusat yang diadakan sebentar tadi.

"(PAS) mengekalkan pendirian untuk tidak membubarkan DUN Kelantan, Terengganu, dan Kedah," katanya. MK

Inilah yang telah diputuskan oleh presiden PAS. Maka pada tahun hadapan sekali lagi rakyat perlu pulang mengundi dan SPR perlu mengeluarkan bajet baru untuk PRN bagi 3 negeri dibawah pemerintahan PAS. 

Terdapat juga ura-ura menyatakan negeri dibawah pentadbiran PH juga tidak akan membubarkan DUN. Samada ia dibubarkan pada tahun ini, atau tahun hadapan. Proses undian tetap akan dibuat. Sekiranya negara dilanda pelbagai krisis pada tahun hadapan dan negara berdepan situasi ekonomi yang meruncing, bukankah itu memberi kesan yang buruk. 

Apakah pembubaran DUN tidak dibuat kerana ADUN belum bersedia atau tanda protes kepada UMNO yang bertindak membubarkan tanpa persetujuan PAS dan BERSATU. 

Post a Comment

0 Comments