Cicit kepada ulama terkenal Kelantan, Tok Kenali antara dua calon daripada Pakatan Harapan (PH) untuk bertanding di kerusi Parlimen milik PAS di Kelantan.
Kerusi tersebut adalah Kubang Kerian dan Kota Bharu.
Cicit Tok Kenali, Dr Wan Ahmad Kamil Wan Abdullah dan seorang lagi calon, Dr Hafidzah Mustakim dari Amanah diumumkan oleh bekas naib presiden Amanah, Husam Musa dalam satu majlis hari ini.
Husam adalah bekas ahli Parlimen Kubang Kerian dari 1999 hingga 2004 ketika bersama PAS.
Wan Ahmad Kamil adalah bekas profesor di Hospital Universiti Sains Malaysia di Kubang Kerian manakala Hafidzah adalah timbalan ketua wanita PH kelantan.
Kubang Kerian adalah kubu kuat PAS sejak 1995 dan kini disandang Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man.
Kerusi Parlimen Kota Bharu pula disandang Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan.
0 Comments