#PRU15 - Kerusi Panas! Tambun, Berjayakah Anwar Tawan Kubu Kuat BN ?



Selama beberapa dekad, Tambun terkenal dengan buah limau bali manis dan bukit bukau berbatu kapur. Walau bagaimanapun, dalam beberapa minggu akan datang, Tambun akan menjadi gelanggang pertempuran politik utama.

Penyandang kerusi parlimen Tambun dan Timbalan Presiden Bersatu Ahmad Faizal Azumu akan dicabar oleh Pengerusi PH Anwar Ibrahim.

Penganalisis umumnya menyifatkan langkah ini sebagai berisiko untuk Anwar tetapi potensi ganjarannya terlalu sukar untuk dilepaskan.

Sarjana sains politik Wong Chin Huat menjelaskan pencalonan Anwar di Tambun - kawasan majoriti Melayu di selatan Ipoh dan dianggap kubu kuat Umno - adalah isyarat kepada pengundi bahawa PH serius untuk kembali menguasai Perak.

Dengan adanya calon perdana menteri gabungan itu bertanding di Perak, Pakatan Harapan menghantar isyarat kuat bahawa Perak adalah negeri barisan hadapan.

Bukan sahaja dia (Anwar) akan berkempen dengan lebih kerap di kerusi-kerusi lain yang berdekatan, tumpuan nasional yang dibawanya ke Tambun dan Perak akan menghasilkan ‘Hawthorne Effect’, bahawa pengundi tempatan merasakan mereka penting dan menjadi lebih bersemangat mengenai pilihan raya dan lebih berkemungkinan akan mengundi dia.

Ia juga mungkin menghasilkan ‘coattail effect’, menyebabkan sokongan yang dinikmatinya melimpah kepada calon DUN Pakatan Harapan di bawah Tambun dan calon lain di Perak.

Kesan Hawthorne ialah istilah sains politik yang digunakan untuk menerangkan sejenis tindak balas tingkah laku individu yang menyesuaikan perbuatan mereka akibat diperhatikan atau dipantau.

Pendekatan ini digunakan untuk menjelaskan bagaimana PH berjaya menembusi Johor pada 2018 hanya selepas meletakkan beberapa pemimpin DAP kebangsaan seperti Lim Kit Siang ke negeri itu pada 2013 untuk membangunkan asas terlebih dahulu.

Rakan penyelidik Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel) Prof Dr Awang Azman Awang Pawi menjelaskan bahawa Lim juga telah diletakkan sebagai calon untuk kerusi "berisiko" Gelang Patah pada 2013 dan strategi itu akhirnya membuahkan hasil untuk gabungan itu.

Untuk strategi yang sama dapat dilaksanakan di Perak, kata Awang, parti komponen PH juga perlu mengambil risiko yang sama.

Langkah Anwar ini sememangnya memberi mesej kepada PKR dan sekutunya, jika Anwar sebagai presiden parti berani mengambil risiko sedemikian, kenapa leftenannya dan pemimpin sekutunya, termasuk DAP dan Amanah.

Pada PRU14 kerusi Tambun menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara BN, PH dan PAS. Faizal menang kerusi itu atas tiket PH hanya dengan 44.5 peratus undi manakala calon BN Ahmad Husni Hanadzlah yang sebelum ini memegang parlimen itu di tempat kedua.

Sebelum ini, Husni berjaya mengekalkan kerusi BN dengan meraih 56.2 peratus undi pada 2013.

Walaupun aliran pengundian pada masa lalu menunjukkan kemungkinan tipis untuk Anwar menang, namun penganalisis politik Jeniri Amir percaya PH dan PKR telah menilai dengan secukupnya risiko yang diambil. Jeniri berkata mempunyai calon dengan karisma dan ketokohan Anwar sahaja mampu untuk menarik undi. Tidak mungkin Pakatan Harapan mahu pemimpin tertingginya disembelih oleh BN atau PN.


PH raih 10 peratus undi Melayu

Menawarkan pandangan yang lebih pesimis, penganalisis politik Phoon Wing Keong tidak yakin bahawa Anwar boleh menarik sokongan undi Melayu yang diperlukan untuk menang di Tambun dan Perak.

"Dia mungkin merangsang pengundi Cina keluar mengundi dan boleh meningkatkan peluang memenangi beberapa kerusi DUN dengan margin sokongan tipis di Perak,"

“Bagaimanapun, tiga pilihan raya umum berturut-turut sejak 2009 menyaksikan kerajaan negeri dikuasai oleh blok politik yang menang dengan majoriti kecil, justeru pentadbiran negeri tidak boleh bertahan sehingga penggal penuh.

“Parti pembangkang sentiasa kekurangan kepimpinan Melayu yang kuat dan berprestij di Perak,” kata Phoon.

Sejak 2008, Perak menyaksikan empat menteri besar berbeza dilantik. Satu-satunya yang bertahan bagi penggal penuh ialah Zambry Abdul Kadir dari BN (2013-2018).

Phoon memberi amaran PH berkemungkinan hanya meraih 10 peratus undi Melayu semasa pilihan raya Johor pada Mac dan dengan itu cabaran gabungan itu supaya langkah Tambun membuahkan hasil adalah untuk meningkatkan kadar keluar mengundi pengundi Melayu.

“Pertarungan Anwar tidak semudah yang dibayangkan oleh sesetengah pihak,” kata Phoon.

"Dengan beberapa veteran dan pemimpin lama bersara serta kekurangan pendatang baru, terdapat kekurangan perhatian umum dan perbincangan hangat mengenai PRU15.

"Tindakan Anwar untuk mengalihkan pangkalan pilihan raya ke Perak mungkin satu strategi untuk mewujudkan perbincangan hangat itu," katanya.


Post a Comment

3 Comments

  1. Rasa si anak Azumu boleh menang tipis kot...

    ReplyDelete
  2. Masing² semua yg gila² angau nak jadi Pm sedang panas kot,... Madey, Nuwar, Zahid & Haidin, nih yg empat memang sedang panas gila sebab tergila² hendak jadi Pm. Yg cool sikit nampaknya Haidin & yg agak terkedu tu rasanya siatok madey, manakala si nuwar & si zahid dah siap bawa tawaran cepumas berjudul Tpm kesanasini... pertanda la tu yer..kalau macam yg di kokokkan masing² di mana masing² kata boleh menang besar masakan sampai nak merasuah jawatan Tpm ya kan?
    Eh tak rasuah ke yg buat tawaran macam tu masa Pru aduhai brader² Sprm?
    Kalau iya pun kan patut benda mcm tu dibincang diperingkat sidang parlimen? atau pun di peringkat kabinet sebelum pembubaran parlimen?
    Dan yg turut merasa bahang panas secara tetiba termasuklah dari nama² yg disebut si zahid sebagai geng menunggu giliran untuk dibawa kemahkamah sekiranya Pru15 tahun hadapan ataupun Bn kalah.
    Jugak yg menjadi kepanasan adalah geng² yg dikatakan akan didakwa juga akan dikorek kembali kes² yg telah digugurkan terhadap politikus & politpigs animal tertentu jika political animal Bn menang..
    Manakala bagi yg tak termasuk dari golongan tersebut diatas ada jugak la suam² kerana samada dah berangan untuk mendapat sesuatu atau merasa bakal kehilangan kedudukan atau kerusi.

    ReplyDelete
  3. Banyak tersebar yg konon Ameno bakal bergabung dengan Ph yg mana si anuwar bakal jadi Pm1 dan si Zahid jadi Pm2, manakala sabah & sarawak masing dapat kerusi Tpm selain dari Dap dan umeno serta pkr pun dapat kerusi Tpm maka jadi empat Tpm.
    India pula akan diberi jawatan menteri kanan bersama Ismail sabri, dan matsabu.
    Pentadbiran baru ini juga bakal nelantik semula tommytomas sebagai Ag, juga sekolah jenis kebangsaan cina akan menggunakan kurikulum kebangsaan beijing sesuai dengan nama kebangsaan china manakala sekolah jenis kebangsaan india akan diselaraskan dengan kurikulum sekolah tamil nadu.
    Bahasa kebangsaan akan di pluralkan sesuai dengan "akidah pluralisma" anutan Ph.
    Desasdesus ini diperkuatkan lagi dengan pernyataan zahid yg ameno sedia bejerjasama dengan pkr & dap tidak lama dulu yg menyaksikan team zahid mulai menjauh dan menibai parti pas untuk dijadikan alasan untuk memutuskan kerjasama dengan pas.

    ReplyDelete