Istana Negara mahukan setiap ahli parlimen secara individu membuat deklarasi bersumpah sebelum pukul 4.00 ptg ini dan menyatakan SIAPA YANG MEREKA SOKONG sebagai PM10 dan membentuk kerajaan.
Sekali lagi negara bakal menyaksikan tawar menawar politik mencari sokongan untuk berkuasa.Ini petanda awal negara bakal berdepan politik tidak menentu dan tidak stabil.
Dalam situasi ini UMNO/BN sebagai gabungan menguasai hanya 30 kerusi perlu membuat pendirian secara bermaruah,berprinsip dan strategik.
Sudah tentu PH/DAP,PKR,AMANAH(79) berusaha mengangkat DSAI,manakala PN/PAS,BERSATU,GRS(77) berusaha mengangkat TSMY dengan memujuk parti parti lain menyokong mereka.
Dalam BN ketara wujud perbezaan pendirian.
Ada yang mula menzahirkan "perancangan gelap" sebelum ini untuk menyokong DSAI dan DAP yang dirancang sejak july/ogos 2020 di sebuah rumah di Ampang,yang berkali kali digagalkan oleh satu kelompok yang lain yang berpegang kepada keputusan parti,khasnya PAU(NO Anwar-No DAP).
Sementara kelompok kedua yang mahu menyokong TSMY,yang di lihat lebih sejajar dgn keputusan PAU dan lebih selari dari segi dasar perjuangan parti.
Kedua dua pihak mempunyai luka yang dalam ketika serangan masa berkempen.Apakah ianya mudah dilupakan atau sebaliknya?
Sebenarnya BN mempunyai pilihan ketiga yang lebih bermaruah,yaitu menerima isyarat rakyat bahawa BN perlu terlebih dahulu berubah.
BN perlu "reset" dan "reinvent" dengan melakukan pembersihan dan penyusunan dalaman.Penolakan rakyat bukan kerana prestasi atau dasar yang di tolak,tetapi kerana penolakan rakyat terhadap individu yang di lihat cuba menguasai parti bagi tujuan peribadi.
BN ditolak kerana gagal membuktikan keazaman menolak amalan rasuah dan salah guna kuasa, dan percubaan mengekalkan dan melindungi pemimpin yg dilihat tidak berintegriti.Ia ditambah dengan persepsi buruk tentang solidariti dalam parti apabila pucuk pimpinan sewenang wenang menyingkir sesama sendiri.
Justeru antara pilihan pada BN saat ini ialah mendahulukan proses mengukuhkan semula parti.Menerima peranan sebagai PEMBANGKANG BERWIBAWA, membela rakyat tanpa perlu menyertai PH atau PN.
Serahkan urusan urusan pembentukan kerajaan PN atau PH kepada mereka tanpa penyertaan BN.
Yang penting kesemua 30 ahli parlimen BN perlu bersama dalam setiap keputusan dan elakkan perpecahan di saat luka masih parah.
Sesudah jatuh,tidak perlulah melutut dan menyembah. Himpun semula kekuatan,dan bangkit dengan bermaruah.
0 Comments