Sekiranya semua parti politik gentle dengan dakyah retorik mereka semasa berkempen, mereka sepatutnya berlapang dada memberi jalan kepada pembentukan kerajaan minoriti. Dan kesemuanya bertindakan sebagai pembangkang.
Kenapa perlu hipokrit dalam membuat keputusan terakhir sekiranya pada awalnya pergaduhan antara parti gabungan begitu sengit dengan melemparkan pelbagai hujah dakyah seolah malaysia bakal kiamat sekiranya gabungan parti berkenaan memerintah.
Apakah menjadi kesalahan dalam dewan rakyat sekiranya kerusi pembangkan lebih besar daripada kerajaan? Sekiranya sesuatu usul yang mahu dibentangkan itu memberi manfaat kepada rakyat, semestinya ia akan mendapat sokongan majoriti MP.
BN stay away, PN stay away. Biarkan kerajaan minoriti memerintah untuk sementara waktu dan kita lihat apakah mereka mampu membuahkan idea yang menarik atau tidak untuk rakyat dan negara. Sekiranya gagal, usulkan pertukaran PM. Pembangkang majoriti. Tiada masalah. Rakyat juga telah biasa dengan perubahan kabinet dan pertukaran PM.
0 Comments