Najib, Gentleman Leader...

Walaupun terpalit dengan pelbagai isu rasuah dan sekarang telah dijatuhkan hukuman penjara. Tetapi sikap gentleman najib wajar dipuji. Malam kekalahan, najib berundur dan memberi laluan kepada mereka yang lain memimpin UMNO/BN. 

Sekiranya PH atau PN bergabung dengan BN dibawah presiden BN zahid hamidi, ini amat memalukan. Zahid yang terpalit dalam perbicaraan mahkamah dan tanpa segan silu masih menjadi presiden BN walaupun telah didesak untuk berundur oleh akar umbi umno sendiri. 

Sekiranya Zahid berundur daripada memimpin BN, tiada masalah untuk BN berkolabarasi membentuk kerajaan bersama PH atau PN. Rakyat sudah muak dengan kluster mahkamah umno dan mereka perlu disingkirkan daripada umno. Keputusan PRU15 telah jelas rakyat menolak BN dipimpin zahid hamidi. 



Post a Comment

1 Comments

  1. Apa ke bala' lah negara nih, bala' apa ni sampai negara ni ketua tadbirnya ditentukan oleh bekas banduan, kluster okd, bayangan komunis, perasuah dsb.
    Kami generasi 18 telah memberi isyarat jelas bahawa kami bukan generasi mudah ditipu macam makbapak kami,
    kalau mereka itu mempersendakan signal yang kami telah berikan maka kami akan ranapkan semua sekali geng2 itu beserta dengan jumun2 mereka.
    Kami G18 tidak akan lupa dan tidak akan maafkan.

    ReplyDelete