Benarkah Rakyat Kelantan (Bachok) Diperalatkan Politik PAS ?


Calon BN bagi parlimen Bachok, Mohd Zain Yassim mendakwa PAS menganggap Kelantan semata-mata sebagai alat untuk mengangkat pemimpin parti mereka dan akan meninggalkan tanggungjawab menjaga rakyat selepas memenangi pilihan raya.

Tambah Mohd Zain, rakyat Kelantan tidak seharusnya dijadikan alat bagi memenuhi kehendak PAS untuk mengangkat pemimpinnya dan bukannya berkhidmat untuk rakyat.

"PAS ini macam tidak begitu serius kepada matlamat asal. Sebenarnya kita nak lahirkan pemimpin untuk kita bangunkan masyarakat setempat, khususnya dari segi taraf pendidikan, prasarana.

"Tetapi apabila (PAS) menempatkan pemimpin (calon) dari luar ia tidak kesampaian kerana sejarah telah terbukti di Kelantan ini menjadi tempat untuk menaikkan nama besar (pemimpin PAS).

"Akhirnya matlamat asal untuk membangunkan masyarakat dipinggirkan," 
Parlimen Bachok akan menyaksikan pertembungan 5 penjuru : 
  • BN diwakili Mohd Zain yang juga ketua Umno Bachok, 
  • PAS pula mempertaruhkan Setiausaha Politik Presiden PAS, Syahir Sulaiman sebagai calon.
  • Nor Azmiza Mamat dari Pakatan Harapan (PH) 
  • Kamarul Azam Othman mewakili Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra)
  • Calon bebas Mohd Zulkifli Zakaria.

Mengulas mengenai pembangkang yang mendakwa Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi akan menjadi perdana menteri jika BN berkuasa Mohd Zain menafikan dakwaan itu.

"Ini soal muktamad, ini kita bukan saja buat (keputusan) dalam majlis kerja tertinggi (MKT) Umno, malah mesyuarat agung khas (Umno) pindaan perlembagaan baru-baru ini sebulat suara memperakui Ismail Sabri sebagai 'poster boy' dan calon perdana menteri.

"Adat pertandingan pembangkang cuba memainkan isu bagi mengganggu kemaraan Umno," katanya.

Malaysiakini 



Post a Comment

0 Comments