DUN Tioman, Kerajaan Baru Pahang Boleh Tergugat? Macam Pelik... Hmmmmm



Kerajaan baru Pahang yang kini dipimpin oleh gabungan BN-PH bakal tergugat jika PN berjaya meraih kemenangan dalam pilihan raya kecil DUN Tioman, kata Presiden PAS Abdul Hadi Awang.

Bercakap kepada pemberita di Rompin, Pahang malam tadi, Hadi menyifatkan kerajaan negeri sedia ada sebagai “kerajaan minoriti” dan kemenangan di Tioman akan menunjukkan bahawa PN yang menjadi “majoriti.”

Ditanya jika kemenangan PN akan mengubah kerajaan negeri, Hadi berkata ia bergantung kepada keadaan.

“Itu terpulang kepada keadaan (kerajaan negeri akan dirombak)...belum tentu lagi.

“Kalau ikut proses demokrasi betul, kena bawalah (rombakan). Sekarang demokrasi tak dihormati. Kalau ikut (berdasarkan) majoriti, mestilah pilih parti yang majoriti (untuk) mengendalikan kerajaan.

“Kalau (semua pihak) tak cukup majoriti, mesti pilih parti yang terbesar. (Keadaan sekarang) tak betul berdasarkan konsep demokrasi,” 

Dia juga ditanya berhubung jika hubungan PH dan BN di negeri itu akan mempengaruhi pengundi-pengundi Tioman.

“Itu kita tunggu dan lihat. Itu kerajaan minoriti.. kita anggap (ia) kerajaan minoriti.

“Kita harap rakyat menghormati majoriti dan untuk tambah majoriti melalui kemenangan di Tioman,” katanya lagi.

Setakat ini, PN mempunyai bilangan kerusi terbanyak di DUN Pahang iaitu 17 - kurang lima kerusi untuk mendapat majoriti mudah.

Gabungan itu cuba membuat persetujuan dengan BN yang memiliki 16 kerusi tetapi gagal. Akhirnya, BN membentuk kerajaan dengan PH yang memiliki tujuh kerusi.

Komposisi DUN Pahang masih tertakluk kepada perubahan kerana ketiga-tiga gabungan itu meletakkan calon dalam pilihan raya di Tioman yang akan berlangsung pada 7 Disember ini.

Pada masa sama, Hadi yakin bahawa PN akan dapat merampas DUN Tioman dari BN.

“Ada petanda yang baik, kerana prestasi kita sangat baik. Kerana undi (keputusan PRU15) di Parlimen Rompin bagi DUN Tioman kita menang.

“Kita harap undi itu tak berubah, harap meningkat lagi,” katanya.

Post a Comment

0 Comments