Pemimpin Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN) akan berjumpa pada pukul 3 petang hari ini di Hotel St Regis, Kuala Lumpur. Satu sumber terdekat Umno mengesahkan perkara itu kepada Malaysiakini.
"Ada perjumpaan antara BN dan PN di Hotel St Regis Kuala Lumpur. Tok Mat (Mohamad Hasan) mengetuai BN. Selain, Wee (Ka Siang), Saravanan, dan Arthur (Kurup) akan menghadiri perjumpaan ini," katanya.
Katanya, perjumpaan hari ini diadakan hasil persetujuan pada mesyuarat dewan tertinggi BN semalam. Bagaimanapun, sumber itu juga mengesahkan bahawa Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi tidak akan menyertainya.
Katanya, perbincangan berkisar keperluan membentuk kerajaan yang stabil dan terangkum yang menumpukan kepada tadbir urus yang baik dan membangunkan ekonomi negara.
Kerajaan pusat masih tidak dapat ditubuhkan berikutan tiada majoriti mudah dimenangi gabungan yang bertanding PRU15.
0 Comments