Pengerusi Amanah Perak, Asmuni Awi membidas Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria yang mendakwa Pakatan Harapan (PH), khususnya, pengerusinya Anwar Ibrahim mempunyai agenda LGBT dan mahu menghalalkan perkahwinan sejenis.
Menerusi satu hantaran di Facebook, Asmuni berkata, calon calon Perikatan Nasional (PN) bagi kerusi DUN Gunong Semanggol sepatutnya fokus terhadap masalah rakyat daripada menabur fitnah dan mengadudombakan rakyat.
Saya amat kesal dengan video yang sedang tular kini ucapan berbaur fitnah daripada calon Perikatan Nasional / Pas N.11 Gunong Semanggol, Haji Razman Zakaria yang juga Pesuruhjaya Pas Negeri Perak.Pihak kami meminta Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) dan Pasukan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) menyiasat dan meneliti ucapan Haji Razman tersebut yang mencemar perjalanan Pilihan Raya Umum ke-15 kali ini.Sewajarnya kempen-kempen berbaur fitnah ini dihentikan dan agama Islam cukup melarang UmatNya membuat fitnah kerana kesan kepada masyarakat cukup besar dan tindakan ini amat dikesali sama sekali.Sepatutnya beliau fokus mengenai isu-isu rakyat seperti isu ekonomi, harga barang, kemiskinan dan sebagainya dalam kempen-kempen beliau terhadap para pengundi dan bukannya fitnah dan adu domba.Jesteru, saya mengajak seluruh rakyat menolak calon-calon yang mengamalkan politik fitnah dan kebencian kerana ianya tidak membawa apa-apa manfaat dan kebaikan pun kepada rakyat dan negara.
Razman membuat kenyataan itu semalam ketika menemui pengundi di pasar malam Tebuk Pancur.
Selain itu dia juga menuduh DAP mempunyai agenda komunis dan umat Islam di negara ini tidak seharusnya mengundi mereka.
"Yang paling teruk sekali - kalau kita bagi undi dia (BN) pakat Datuk Seri Anwar Ibrahim, pakat DAP untuk bentuk kerajaan.
“Ingat - undi DAP, undi BN bererti undi beri kuasa kepada DAP untuk membolehkan dia buat apa saja," dakwanya.
Kempenya itu disiarkan di Facebook secara langsung di akaun peribadinya. Bagaimanapun, video berkenaan telah dikeluarkan.
Mengulas lanjut, Asmuni berkata Amanah kesal dengan kempen berbaur fitnah itu yang telah mencemarkan perjalanan PRU15.
Sehubungan itu katanya, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) wajar bertindak dengan menyiasat ucapan Razman menerusi video yang tular di media sosial itu.
“Saya amat kesal dengan video tular berkaitan ucapan berbaur fitnah calon Perikatan Nasional (PN) daripada PAS itu.
“Saya mengajak rakyat menolak calon-calon yang mengamalkan politik fitnah dan kebencian kerana ia tidak membawa apa-apa manfaat dan kebaikan pun kepada rakyat dan negara,” katanya lagi.
1 Comments
Tunggu saman RM100 juta drp DSAI? Bukan tak biasa kalah saman kan? Siap kau
ReplyDelete