Umno dan Barisan Nasional (BN) bekerja keras demi memastikan “kemenangan penuh” pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15), Kata Zaid Ibrahim.
“Pilihan raya ini akan menunjukkan peralihan sokongan besar kepada Umno dan BN daripada pengundi Melayu dan bukan Melayu di pinggir bandar dan kawasan bandar,”“Rakyat tidak mahu kerajaan yang sibuk memeterai perjanjian politik, sama ada di Hotel Sheraton atau mana-mana hotel lain. Mereka mahu kerajaan yang boleh memberi nyawa kepada ekonomi,”
“Selepas PRU14 pada 2018, ramai yang gembira Umno akhirnya tumbang. Mereka kata orang Melayu korup sudah dijatuhkan dan bercakap berhubung kelahiran semula negara.“Sungguh mengecewakan empat tahun kebelakangan ini. Ekonomi kita merudum dan prestasi pasaran saham paling teruk di rantau ini,”
“Aset Tabung Haji dan Khazanah dijual, bahkan rizab Petronas menjunam. Mata wang kita menyusut dan kini kita bergelut untuk membayar import makanan kita.”“Muhyiddin merupakan perdana menteri paling teruk yang pernah kita ada. Beliau terpaksa menutup Parlimen demi memastikan tiada sesiapa boleh mengemukakan undi tidak percaya.“Akhirnya, beliau dijatuhkan, namun atas kos apa kepada negara?“Kita mempunyai tiga perdana menteri dalam tempoh empat tahun, tapi tiada kerajaan sebenar,” katanya sambil menambah tindakan Zahid “mendesak dan menekan” secara berterusan yang membawa kepada pembubaran Parlimen.“Akhirnya, kita boleh memilih kerajaan sebenar.”Zaid berkata, pembangkang tidak mahu pilihan raya diadakan kerana takut mengalami kekalahan teruk.“Mereka mula memberi alasan untuk menangguhkan pilihan raya.”
Zaid kemudian menyentuh satu daripada alasan lebih utama, berkaitan sabitan bekas perdana menteri, Najib Razak dalam kes SRC International.
“Satu daripada alasan (pembangkang) adalah Umno mahu mengadakan pilihan raya umum supaya ia boleh mengambil alih kerajaan dan membebaskan Najib dari penjara.
“Najib tidak pernah meminta kerajaan membebaskan atau memberi pengampunan kepadanya. Beliau hanya mahu perbicaraan baharu, perbicaraan adil. Beliau layak mendapatnya.”
Beliau berkata, Najib berdepan beberapa kesukaran dalam kes mahkamah SRC International yang membawa kepada salah laksana keadilan.
“Beliau banyak kali dinafikan peluang mengemukakan keterangan yang boleh membebaskannya. Hakim perbicaraan yang berdepan konflik kepentingan enggan menarik diri.
“Najib juga dinafikan hak asasinya untuk diwakili peguam dan diberikan perbicaraan sewajarnya di Mahkamah Persekutuan.
“Beliau berhak mendapat perbicaraan baharu. Menjadi tanggungjawab kerajaan yang baik dan adil memberikan keadilan kepada semua.
“Sebaliknya, ketika berkuasa, pembangkang sering menyalahgunakan proses undang-undang demi manfaat mereka sendiri.
“Mereka membebaskan (Lim) Guan Eng, walaupun kes terhadapnya hampir 70% selesai.”
Zaid menamakan R Sivarasa, Hassan Karim, Thomas Su, Eric Paulsen dan Tamrin Ghafar Baba sebagai individu yang dibebaskan daripada pertuduhan jenayah atas arahan bekas peguam negara, Tommy Thomas.
Pendedahan terbaharu menunjukkan bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad dan Thomas turut melantik hakim di peringkat tertinggi yang melanggar undang-undang, kata Zaid.
“Ketika berkuasa selama 60 tahun, kerajaan BN tidak pernah menggunakan kuasanya membebaskan pemimpin Umno berprofil tinggi,” katanya memetik bekas menteri Mokhtar Hashim yang didapati bersalah kerana membunuh, dan bekas menteri besar Selangor, Harun Idris serta Khir Toyo yang disabitkan bersalah kerana rasuah dan menjalani hukuman mereka.
Zaid berkata, sistem keadilan negara sangat memerlukan pembaharuan.
Katanya, salah bagi peguam negara, yang merupakan penasihat undang-undang kerajaan, untuk turut bertindak sebagai pendakwa raya kerana dibimbangi menyalahgunakan kuasa demi kepentingan politik.
“Tindakan PH secara terang-terangan mengabaikan undang-undang sepatutnya meyakinkan pengundi bahawa mereka tidak akan melaksanakan pembaharuan yang diperlukan untuk sistem keadilan negara.
“Hanya Umno dan BN boleh dan akan melakukannya,” katanya sambil menambah Zahid berjanji akan memastikan pelaksanaan pembaharuan yang diperlukan.
1 Comments
Lawak la kalau kata Bn tu nyawa ekonomi Malaysia,
ReplyDeleteNyawa ekonomi Malaysia tu Minyak,... Terengganu, Sarawak & Sabah.
orang politik tu penyangak hasil mahsul jer..
Habis yg nampak ekonomi tu nampak macam agak okey jer tu mcm mana?
Ekonomi okey jer? yer ker?
Vapak aku dulu beli rumah "bunglo" setingkat kecil kat bangsar tuh belakang nst tu du 65k-ringgit jer, hutang tujuh tahun, sekarang juta² la harganya.. mampu ke budak baru grad beli rumah dengan masa pinjaman segitu?
kan sekarang nih pinjam beli rumah dah sampai 30+ tahun, yang mana dalam erti kata lain kalau ekonomi zaman dulu boleh dapat empat biji rumah!
Dulu kerajaan dapat taja puluhan ribu pelajar ke luar negara... sekarang segalanya pinjaman,, kecualilah makbapak boleh keluar belanja sendiri.
Lagi yer,, kan pada dasarnya betapa susah pun manusia akan berusaha untuk hidup.. mencari keselesaan.. jadi ber-ekonomi lah manusia sekadar apa yang terdaya..
biasa la tu..
malah dalam teori ekonomi pun ada diaorang kata yaitu "ekonomi baikpulih dengan sendiri" macam tu..
itu katanya JM Keynes kalau tak silap, makanya dengan perjembangan ciptaan alatan mudahguna dalam pelbagai bidang maka Malaysia yang mempunyai sumber cagaran ekonomi iaitu hasil petroleum makanya bergerak laju lah sikit dari negara yg tak ada hasil tersebut.
Thailand pun sewaktu sebelum penerokaan JDA (minyak negara Pattani) mada ada berkembang ekonomi mereka selain dari pelancungan pelacuran ala carte.
Dah tu singapura tu macam mana ek? singapura tu hub kewangan penjajahan era sekarang, dan juga pernah nenjadi hub export import negara penjajah, makanya itulah sebabnya mereka menjadi kayaraya.
Jadi tak payahlah umno nak cerita pasal ekonomi tu sebab diorang nenjadi nyawanya...
Jadi boleh ker ph urus tadbir ekonomi dengan baik? hehe . yg ni lagi lawak la.. walaupun aku sewaktu si nuar tu jadi menteri duit masih berada di sekolah rendah tapi masih aku ingat dan paham betapa susahnya orang pada masa tu dalam bab ekonomi, dan yg paling aku tak lupa ada jiran yg hendak jual kereta terpaksa bagi duit pada pembeli sebab harga jereta 2nd hand turun mendadak & parah, contohnya citroen vulcan harga rm70k setahun usia cuma boleh dijual pd harga 40k atau kurang, jadi bayangkalah kalau dulu pinjam 60k, kalau tampa interest pun masih berbaki 50k, jadi yg lain² tu fikirkah bagaimana,