Mohd Khairuddin adalah antara pemimpin PAS yang garang menyerang PH sebelum ini. Dia dilantik menjadi menteri selepas kerajaan PH dijatuhkan dalam Langkah Sheraton.
Bagaimanapun apabila perdana menteri bertukar - daripada Muhyiddin Yassin kepada Ismail Sabri Yaakob - namanya digugurkan daripada kabinet.
Dia kemudian mengumumkan keluar dari PAS, dipercayai ada kaitan dengan sikap parti itu yang memilih untuk terus istiqamah bersama Bersatu dan PN sedangkan dia cenderung untuk kekal dengan Umno.
Pada 30 Okt lalu Khairuddin - yang berucap di majlis Umno Kuala Nerus - Khairuddin secara terbuka meminta ahli-ahli PAS agar mengundi BN untuk menghalang kemenangan PH.
Khairuddin merupakan penyandang kerusi parlimen di situ.
Turut hadir Adun Seberang Takir yang juga bekas menteri besar Terengganu dari Umno, Ahmad Razif Abd Rahman.
Katanya gesaan itu dibuat kerana PN tidak mempunyai ahli yang ramai.
Bagaimanapun reaksi diberikan Mokhtar terhadap komen salah seorang pembaca hantaran media sosialnya lebih menarik.
Seorang daripada pembaca status itu asalnya meminta Mokhtar agar menasihati Khairuddin yang dianggapnya "nampak berat benar dah."
Mokhtar kemudian menjawab: "Tak makan nasihat dah. Tunggu rebah terguling baru kita gi dekat."
1 Comments
seorang blogger mengenal diri MSO adalah seorang sekular dan pendukung sekularism mengajak kita supaya impian tuan guru nik aziz terlaksaan, bagus tu sudah mempunyai kesedaran, iaitu malaysia sebuah negara islam yang melaksanakan hukum hakam berpandukan syariat islam, dia menyeru kepada parti2 politik fahaman sekular, dia seolah2 bercakap depan tembok batu,
ReplyDeletemengambil kesempatan ini, mengundilah dengan bijaksana untuk masa depan negara untuk kebaikan disini dan kebaikan disana kelak yang pasti kita akan rasai