Dapat Jadi Speaker ?.. Bukan Krisis Dalaman PKR ?.. Haahahaha



Spekulasi pencalonan bekas Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul sebagai Speaker Parlimen semakin menjadi realiti apabila beliau mengumumkan peletakan jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gurun di Kedah pada Ahad.

Sebelum ini, nama Johari disebut-sebut antara calon bagi jawatan Speaker Parlimen yang mengadakan sidang majlis mesyuarat penggal pertama pertama persidangan Dewan Rakyat pasca Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada 19 November ini.

Selain nama Johari yang mewakili blok kerajaan, nama bekas Ahli Parlimen Kangar, Tan Sri Mohd Radzi Sheikh Ahmad difahamkan turut dicalonkan blok pembangkang diketuai Perikatan Nasional (PN) bagi jawatan itu.

Berdasarkan Aturan Urusan Mesyuarat Dewan Rakyat, usul undi percaya terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim diletakkan sebagai urusan persidangan paling utama, diikuti Speaker atau Yang Dipertua Dewan Rakyat baharu.

Aturan mesyuarat seterusnya diikuti upacara angkat sumpah ahli-ahli Parlimen yang menang PRU15 diikuti pemilihan dua Timbalan Speaker Parlimen.

Pada 2 Disember, media melaporkan, Tan Sri Azhar Azizan Harun mengesahkan akan mengosongkan kedudukannya sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat sebelum Parlimen bersidang.

Bagi jawatan Timbalan Speaker Parlimen, Ahli Parlimen Lanang daripada DAP, Alice Lau dan Ahli Parlimen Cameron Highlands, Ramli Md Nor daripada Barisan Nasional (BN) dilapor dicalonkan bagi blok kerajaan.
PN pula dilaporkan mencalonkan bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Datuk Mas Ermieyati Samsudin bagi jawatan Timbalan Speaker Parlimen.

Sementara itu, sumber Pejabat Parlimen memaklumkan seseorang ahli politik yang tercalon bagi jawatan Speaker Parlimen harus melepaskan jawatannya sebagai wakil rakyat di peringkat DUN negeri bagi mengelakkan pertindihan tugasan. 

Post a Comment

1 Comments

  1. Tolonglah jangan lantik mas apa ke nama drp Bersatu utk jawatan speaker. Makna diktator pun dia tak tau. Period

    ReplyDelete