Langkah Terbaik Ummi Nazeera, Ikut Jejak Jamal Abdillah

Tindakan annuar musa menubuhkan NGO Muafakat Nasional, baik sekirnaya ia menjurus ke arah perkara membabitkan sosio-ekonomi. Tetapi sekiranya ia lebih kepada catur politik semata-mata, ia tidak mendatangkan impak hasil kepada masyarakat. 

Kita sudah mempunya banyak NGO yang bertindakan untuk sosio-ekonomi setempat, malahan ada sehingga ke luar negara. NGO tersebut juga telah terkenal dan sekiranya annuar mahu menjalankan sosio-ekonomi melalui NGO Muafakat Nasional, sepatutnya ia telah dilancarkan sebelum PRU15 dan bukannya selepas ditendang keluar UMNO. 

Lebih baik annuar berterus terang ingin menubuhkan parti Muafakat Nasional daripada berselindung dengan nama NGO. Be gentleman seperti syed saddiq tubuhkan MUDA. 

Pelakon, Ummi Nazeera mengambil keputusan untuk menolak dilantik sebagai Ahli Dewan Tertinggi Muafakat Nasional (MN). Ummi atau nama sebenarnya Ummi Nazeera Nurhidayah Zainul Abidin, 32, berkata, dia memutuskan perkara itu selepas mengambil kira kegusaran ramai mengenai penglibatannya dalam dunia politik. Menurutnya, dia mahu memberi seluruh fokus dalam bidang seni dan juga keluarga.



Post a Comment

0 Comments