Migrasi kelantan ke kuala lumpur bukan baru, tapi semenjak lama berzaman dan bukan sahaja KL yang menjadi tumpuan, segala bandar besar di malaysia pasti ada "oghe kelate". Orang kelantan sinonim golongan yang suka berhijrah demi menjalankan perniagaan. Kebanyakkan mereka berhijrah kerana membuka rangkaian perniagaan diluar dan ada yang bekerja atas ajakan orang kelantan. Tetapi yang sebenarnya memang orang kelantan suka berhijrah. 

Kelantan mundur, kenapa.. Sebelum kejatuhan BN pada PRU14, semua rakyat kelantan tahu krisis pentadbiran antara kerajaan negeri dan kerajaan pusat. Kelahi politik yang tidak berkesudahan sehinggakan sanggup mengabaikan rakyat kerana dendam politik. 

Terengganu tidak ramai yang berhijrah, malah infrastruktur pembangunan terengganu lebih teratur dan kemas berbanding kelantan kerana terengganu mengalami banyak perubahan pentadbiran politik antara kerajaan negeri dan kerajaan pusat. 

Meletakkan kemunduran infrastruktur kelantan sebagai wadah politik kenapa rakyat kelantan berhijrah ke kuala lumpur adalah tidak tepat. Tidak salah berhijrah ke negeri DAP, ke negeri kafir sekiranya disitulah terletaknya rezeki halal. 

Memartabatkan pemerintahan islam tidak semudah lantangan semasa berkempen politik. Segala pengorbanan perlu dilakukan untuk melaksanakan sesuatu hukum hakam.