PH Penang Resah - Gelombang Tolak PH BN Boleh Jatuhkan 7 Kerusi DUN. 🤣🤣🤣




Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang akan bekerja keras bagi mempertahankan enam atau tujuh kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihan raya negeri (PRN) tahun depan.

Tanpa menamakan kerusi itu, Pengerusi PH negeri, Chow Kon Yeow berkata, beliau meramalkan gabungan itu akan hilang enam atau tujuh kerusi DUN dikuasainya pada PRN akan datang berdasarkan keputusan di peringkat Parlimen pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

“Pandangan saya itu berdasarkan keputusan di peringkat Parlimen dan melihat kepada saluran pengundian, ia boleh memberi gambaran sebenar terhadap pilihan pengundi di kawasan masing-masing.

“Jadi, ini satu indikator memandangkan pilihan raya tidak diadakan secara serentak,” katan weya dipetik Bernama selepas merasmikan Program Khatan Perdana Kadun Jawi di Nibong Tebal, Pulau Pinang.

Terdahulu, Chow meramalkan PH mungkin hilang enam atau tujuh kerusi dalam PRN Pulau Pinang berdasarkan trend PRU15.

Walaupun ia tidak menjejaskan penguasaan PH di Pulau Pinang, Chow dilaporkan berkata, pengaruh gabungan itu di negeri berkenaan tidak akan sekuat dulu.

Oleh itu, katanya, parti komponen PH akan mengatur strategi dan menganjurkan program bagi mendekati masyarakat, selain bertemu agensi berkaitan bagi mencari penyelesaian isu dibangkitkan semasa kempen PRU15.

“Macam di Batu Kawan, saya (selaku Ahli Parlimen Batu Kawan) pun sudah atur sesi libat urus dengan agensi untuk respons terhadap isu yang saya kutip semasa berkempen PRU15.”

Pada PRU14, PH menang 37 daripada 40 kerusi DUN Pulau Pinang, Barisan Nasional (BN) dua kerusi dan PAS (satu).

Bagaimanapun, selepas Bersatu keluar PH dan menubuhkan Perikatan Nasional (PN) serta ADUN Seberang Jaya dan Sungai Acheh dipecat daripada PKR dan menyertai Bersatu, komposisi terkini DUN Pulau Pinang adalah PH dengan 33 kerusi, BN (2) dan PN (5)

- FMT

Post a Comment

0 Comments