Ini Kelakar - Annuar Jemput Join Muafakat Nasional... | Berapa Puluh Gabungan Korang Nak Bentuk?



Selepas disingkirkan daripada Umno, bekas Ahli Parlimen Ketereh, Annuar Musa memperkenalkan NGO baru yang dikenali sebagai Muafakat Nasional.

Annuar memaparkan gambar kod QR di laman Facebooknya malam tadi bagi mengajak orang ramai mendaftar di laman web NGO berkenaan.

Menurut laman web tersebut, NGO itu ditubuhkan bagi mempromosikan perpaduan ummah dan menjunjung keutuhan sistem politik negara yang lebih baik, berpaksikan Rukun Negara dan Perlembagaan Malaysia.

MN berpegang kepada lima matlamat, antaranya :
  1. Menjunjung keluhuran Perlembagaan Persekutuan, yang menjamin pembentukan negara, 
  2. Islam sebagai Agama Persekutuan, 
  3. Kedaulatan Raja-Raja Melayu, 
  4. Kedudukan Istimewa Orang Melayu dan Bumiputera serta kepentingan sah kaum-kaum lain
  5. Mempertahankan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan serta menjamin kepentingan masyarakat majmuk terpelihara.

Antara aktviti yang akan dianjurkan NGO itu ialah sesi sidang meja bulat, jelajah Muafakat Nasional yang merupakan siri seminar tertutup di setiap negeri serta konvensyen Muafakat Nasional bertaraf nasional.

Dalam satu kenyataan hari ini, setiausaha Muafakat Nasional, Mohd Irwan Rizal berkata keahlian NGO itu terbuka untuk rakyat Malaysia, tanpa mengira kaum dan agama.

Bagaimanapun, kanak-kanak di bawah umur perlu meminta kebenaran ibu bapa terlebih dahulu.

Muafakat Nasional yang diperkenalkan Annuar adalah NGO yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) dan bukan merujuk kerjasama pilihan raya antara Umno dan PAS yang ditandatangani pada September 2019 yang turut dinamakan sebagai muafakat nasional.

Dua hari lalu, Majlis Kerja Tertinggi Umno membuat keputusan memecat keahlian Annuar tanpa memberikan sebarang sebab.

Penyingkirannya daripada Umno dikatakan berpunca daripada hubungannya dengan kumpulan yang menentang presiden parti itu, Ahmad Zahid Hamidi.

Annuar juga pernah menjadi penyokong utama kerjasama Umno dengan PAS menerusi Muafakat Nasional ketika Zahid enggan lagi meneruskan idea berkenaan.

Annuar merupakan ahli parlimen Ketereh selama dua penggal namun tidak diletakkan sebagai calon BN pada pilihan raya umum 19 Nov lalu.

Post a Comment

0 Comments