Tim Draper Jangka, Bitcoin Cecah $250k/BTC Pertengahan Tahun 2023



Venture Capitalist Tim Draper mengatakan bitcoin akan mencecah $250,000 menjelang pertengahan tahun 2023, walaupun selepas satu tahun bitcoin mengalami penurunan harga.

Draper sebelum ini meramalkan bahawa bitcoin akan melebihi $250,000 menjelang akhir 2022, tetapi pada awal November, pada persidangan teknologi Web Summit di Lisbon, beliau berkata ia akan mengambil masa sehingga Jun 2023 untuk menjadi kenyataan.

Bitcoin perlu mengalami kenaikan hampir 1,400% daripada harga semasanya sekitar $17,000 untuk menepati ramalan Draper. Bitcoin telah menjunam lebih 60% sejak awal tahun ini.

Mata wang digital berada dalam keadaan lesu kerana dasar monetari yang lebih ketat daripada Fed dan tindak balas berantai kebankrapan di firma industri utama termasuk Terra, Celsius dan FTX telah memberikan tekanan yang kuat terhadap harga matawang kripto.

Kejatuhan FTX juga telah memburukkan lagi krisis kecairan yang sudah teruk dalam industri. Pertukaran kripto Gemini dan pemberi pinjaman Genesis adalah antara firma yang dikatakan terjejas oleh kejatuhan daripada insolvensi FTX.

Minggu lalu, pelabur veteran Mark Mobius memberitahu CNBC bahawa bitcoin boleh jatuh kepada $10,000 tahun hadapan, lebih daripada 40% kejatuhan daripada harga semasa. Pengasas bersama Mobius Capital Partners juga telah menepati ramalan dimana bitcoin akan mengalami penurunan pada kadar $20,000 tahun ini.

Namun begitu, Draper masih yakin bahawa bitcoin akan meningkat pada tahun baharu 2023.


Post a Comment

0 Comments