Caprice Gunting Baju H&M, Marahkan Kerajaan Sweden.. Desak Umat Islam Boikot Barangan Sweden



Tindakan Penyanyi Rap sensasi, Caprice gunting baju berjenama H&M sebagai simbolik memboikot barangan Sweeden. Berniat untuk membalas perbuatan pemimpin Sweeden, Rasmus Paludan, yang membakar al-Quran, 

Menerusi video di tiktok, Caprice yang berang dengan perbuatan Ramus itu telah menyeru orang ramai memboikot dan berhenti membeli barang buatan Sweeden seperti seperti H&M dan IKEA.

Media sebelum ini melaporkan ketua parti sayap kanan Denmark, Stram Kurs itu telah membakar kitab suci umat Muslim di hadapan Kedutaan Turkiye di Stockholm.

Rasmus mengambil keputusan untuk berbuat demikian selepas Turkiye dilaporkan membantah penyertaan Sweden dalam Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).

Sehubungan dengan itu, rakyat Malaysia disarankan untuk menyertai kempen memboikot barangan negara Nordik itu namun harus diingatkan janganlah sampai berlaku pembaziran.


Post a Comment

0 Comments