KJ Berang - Hentikan Kegilaan Ini.... Jangan Matikan Demokrasi Dalam UMNO



Bekas ketua Pemuda Umno Malaysia menganggap tindakan lebih 100 ketua bahagian parti itu yang mahu presiden dan timbalan presiden mereka tidak dicabar dalam pemilihan akan datang sebagai suatu "kegilaan".

Menyatakan perasaannya melalui media sosial hari ini, Khairy Jamaluddin berkata tiada sesiapa wajar membenarkan demokrasi dalam Umno dimatikan.

"Hentikan kegilaan ini.

"Saya rasa presiden seorang fighter (pejuang) yang tidak gentar menghadapi pencabar. Buka ruang pertandingan.

"Jangan matikan demokrasi dalam Umno," katanya.





Post a Comment

0 Comments