UMNO Berusaha Meranapkan UMNO Secara Diam...


Apakah jaminan UMNO rakyat akan memilih BN sekiranya PRN dilakukan dalam masa terdekat. Rakyat telah menghantar signal utama kepada UMNO, Presiden UMNO yang terpalit dengan isu mahkamah menjadi liabiliti paling besar kepada UMNO.

Tidak mustahil, 6 negeri yang akan dijalankan mungkin serentak atau tidak, PH & BN hanya mampu kekalkan 2 negeri sahaja dengan majoriti yang agak terumbang ambing. 

Serangan berbillion ringgit yang dikaitkan dengan perikatan nasional tidak berjaya mengubah pandangan rakyat selagi tiada yang dipanggil ditahan disoalsiasat SPRM. Hanya sekadar melontar batu sambil menyorok tangan. 

UMNO perlu berubah dengan kepimpinan baru dan nyahkan semua liabiliti mahkamah UMNO yang menjadi bualan jijik rakyat marhaen. 

Malaysiakini | Seramai 140 ketua Umno bahagian menyatakan solidariti supaya jawatan presiden dan timbalan presiden Umno tidak dipertandingkan pada pemilihan parti yang akan diadakan tahun ini.

Wakil mereka, Mohd Shafie Abdullah yang juga ketua Umno Wangsa Maju berkata, keputusan itu dicapai sebulat suara bagi mengelak perpecahan dalaman terus berlaku.

Oleh itu mereka berharap, Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi dan Timbalan Presiden Umno mendengar keputusan yang telah dibuat itu.

Umno perlu bersatu, tidak perlu pertandingan presiden dan timbalan Presiden kerana selepas ini kita ada enam pilihan raya negeri lagi. 

Post a Comment

0 Comments