Taska/Tadika/Pengasuh - Masalah Berkurun Yang Tiada Penyelesaian



Masalah yang tiada penyelesaian walaupun kerajaan bersilih ganti. Daripada cadangan untuk mengadakan setiap jabatan kerajaan atau setiap premis menyediakan tempat tersebut, sehingga hari ini. Tiada. 

Tadika swasta memang banyak muncul tetapi harga yang dikenakan terlampau mahal, mereka terpaksa menanggung pelbagai kos seperti makanan, sewa tempat, gaji guru & kelengkapan untuk kanak-kanak. 

Situasi ini mungkin boleh diselesaikan sekiranya tadika KEMAS yang ada pada hari ini diperluaskan. Sebagai contoh, setiap pengusaha taska/tadika mesti mengambil tender daripada KEMAS, dimana tenagapa pengajar, tenaga pengasuh dan makanan ditanggung oleh kerajaan. Itu bukan saja dapat membantu pengusaha tadika malah dapat menambah pendapatan terjamin cikgu/pengasuh taska. 

Kerajaan buka tender pengusaha tadika dibawah KEMAS : 
-Tenaga pengajar, pengasuh terlatih disediakan kerajaan
-Kos Pemakanan berkhasiat disediakan kerajaan mengikut menu penjadualan

Pengusaha : 
-Menyediakan tempat yang sempurna & Diluluskan
-Kos aktiviti ditanggung pengusaha
-Kos seluar baju ditanggung pengusaha

Situasi win-win situation dengan kerajaan menetapkan harga untuk bayaran bulanan pelajar/anak asuhan. 

Maybe itu akan memudahkan urusan antara pengusaha dan kerajaan dalam merealisasikan penurunan harga taska/tadika/pengasuh.

Post a Comment

0 Comments