Hallo Rafizi, Shahrizat Kembali Dalam UMNO... Yahooo!

Hallo Hallo Rapiji... 

Itu Shahrizat sudah mau kembali. Mungkin kalau dilantik bersama dalam kementerian ekonomi, isu lembu dapat diselesaikan dengan jayanya. 

Mungkin... 

Beberapa sumber dalaman parti itu mengesahkan perkara itu kepada Malaysiakini.

"Tan Sri akan bertanding jawatan ketua wanita. Borang penamaan akan diserahkan ke ibu pejabat esok melalui wakilnya," kata sumber itu.






Petikan FB Rafizi 2016

Ini ada sedikit cerita pasal lembu. Bosan tiap-tiap hari pasal #pang5islam Najib Razak

DARI MAHKAMAH SEMALAM
(laporan www.malaysiakini.com)

Pengerusi National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC) Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail hari ini mendedahkan bahawa deposit tetap RM86 juta dari wang pinjaman RM250 juta syarikat itu masih dibekukan oleh mahkamah.

Beliau mempersalahkan pembekuan akaun bank di CIMB, Maybank dan Public Bank disebabkan oleh pendedahan Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli berhubung akaun Public Bank pada Mac 2012.

Salleh berkata demikian ketika memberi keterangan dalam saman fitnahnya terhadap Rafizi dan Mkini Dotcom Sdn Bhd.

Menjawab soalan daripada peguam Ranjit Singh yang mewakili Rafizi, Salleh berkata sebahagian tunai telah dikembalikan kepada syarikat itu selepas 7 Mac 2012.

"Deposit tetap RM86 juta kami masih dibekukan di CIMB, Maybank dan Public Bank akibat daripada kenyataan pembangkang. Pinjaman ini dibuat oleh NFC," katanya.

Ranjit: Apakah pembekuan aset itu akibat daripada pendedahan anak guam saya berhubung akaun Public Bank?

Salleh: Ya.

Ranjit: Berapa banyak dibekukan?

Salleh: RM86 juta.

Ranjit: Adakah penyitaan itu kerana beberapa pembelian kondominium termasuk di One Menerung, Bangsar?

Salleh: Tiada kaitan.

Bos NFC itu mempertahankan kenyataan bahawa Rafizi adalah punca utama bagi kerugian syarikat berkenaan dan punca masalah apabila dakwaan bahawa ia berkaitan dengan syarikat keluarga (Ketua Wanita Umno) Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

"Namun, seperti yang anda lihat, Shahrizat tidak memiliki sebarang saham dalam NFC atau syarikat-syarikat lain. Itulah bagaimana kemudaratan pelanggan anda (kepada kami)," katanya.

Ranjit: Adakah anda bersetuju bahawa projek NFC itu sendiri menerima kritikan serius daripada BN dan pembangkang?

Salleh: Hanya pembangkang.

Ranjit: Sesetengah anggota kanan BN begitu kritikal termasuk Datuk Bung Moktar (Raden) dan Tun Dr Mahathir Mohamad, bersama-sama dengan Datuk Seri Ghapur Salleh (MP Kinabatangan), (Ketua Umno Bahagian Cheras) Datuk Syed Ali Syed Al Habshi dan Datuk Kamilia (Ibrahim) (bekas timbalan Shahrizat ).

Salleh: Ia hanya apabila pembangkang membangkitkan geran RM73.6 juta dan mengaitkannya dengan isteri saya dengan berkata bahawa ia adalah syarikat keluarga Shahrizat. Mereka terus menyerang Shahrizat. Ini bukan mengenai isteri saya. Perniagaan ini milik syarikat saya dan keluarga saya.

Saya jelaskan kepada Mahathir bahawa Shahrizat tidak ada kena mengena dan dia menerimanya dan tidak membuat ulasan lanjut. Syed Ali kemudian meminta maaf. Jika Rafizi mahu serang saya, serang saya hari ini.

Ranjit: Jika anda lihat komen yang dibuat oleh Syed Ali, Bung Moktar, Rafidah Aziz dan Kamilia, semua mereka mengkritik isu NFC.

Salleh: Ini adalah manipulasi oleh anak guam anda, apa yang Ketua Audit Negara kata bukan NFC tetapi projek National Feedlot.

Ranjit: Adakah anda bersetuju bahawa kebanyakan kritikan adalah kerana dakwaan tertentu wang pinjaman kerajaan disalurkan kepada National Meatwork Livestock Corporation digunakan untuk membeli kondominium di One Menerung atau di tempat lain?

Salleh: Itu adalah bagaimana kemudaratan anak guam anda. Ramai yang telah tertipu olehnya yang mengaitkannya dengan isteri saya.

Post a Comment

11 Comments


  1. Yahoo ... yahoo
    Yahoo ... yahoo
    Chahe koi mujhe junglee kahe
    Saaekoor lembuu jantan berak cair
    It doesn't matter if someone calls me wild

    Kehne do ji kehta rahe
    Bercecer tait meratarata
    Let them keep saying
    Yaaahoo yaahoo
    Yaaaahooooooo.

    Film :Junglee
    Song : Chahe Koi Mujhe Junglee Kahe
    NB: Loosely translated

    ReplyDelete
  2. Haiyaa... Knp lu bodo sangat. Dia kembali ke umno sebagai proksi muhyiddin utk kontrol umno supaya sokong PN. In sya Allah umno akan reject anasir korup spt Shahrizat yg telah diexposekan oleh Rafizi dan disahkan oleh mahkamah. Terima kasih Rafizi

    ReplyDelete
  3. Ada orang kata kluster Hoihoiyahoi yg dalam tempayan dah mula leluar satu persatu rasanya.

    ReplyDelete
  4. Dalam PN banyak mental retards. Termasuk yg pangkat doktor. Termasuk anon 8:04

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pakai seroban dan kopiah putih memfitnah....
      Mangkuk mcm inilah buat malu umat nabi.
      Baik pakai kopiah kecik belakang ubun kepala mcm yahudi baru serupa perangai...
      Manusia sebeginilah bnyk meroyan di padang mashyar nanti..

      Delete
  5. Hoyhoiyahoi sekarang dah bertaraf madani

    ReplyDelete
  6. Hoihoiyahoi dengan serban dan kopiah putih dah tak pandang tin milo. Jijik...
    Sejak gagalkrasi dah menimbun wang dalam akaun.
    Fatwa dan jadi fuckwa sejak gelap mata....hihihi

    Buat malu ulama sebenar jer...

    ReplyDelete
  7. Fuckwa seroban putih:
    Rasuah adalah sedekah...

    Patut pon buta mata bila dapat hasil menyamun....

    ReplyDelete
  8. caicai hoihoiyahoi dah meroyan dah...

    ReplyDelete
  9. Kisah aneh tapi benar, tpm satu negara takboleh keluar negara sebab tak ada passport kembara.. errr ada tapi dipegang mahkamah.

    ReplyDelete