Isu bercakap politik dalam masjid dah lama. Samada masjid berdaftar atau masjid persendirian. Kalau berpolitik pada jalan lurus dan tiada fitnah, itu okey. Tapi kalau fitnah didalam masjid, ia sudah mencemarkan institusi masjid itu sendiri. 

Platform media sosial sudah banyak terhidang, dan mengawal ceramah politik dalam masjid mungkin terbaik untuk mengelak masjid dijadikan tempat politikus menagih undi. 

Masjid sepatutnya dijadikan tempat menimba ilmu. Ilmu dari pelbagai sudut. Ekonomi, sains, teknologi. Bukan terhad kepada kerohanian semata-mata.