Ketelusan itu, apabila ia dibuat tanpa campurtangan daripada mereka yang lebih berkuasa sementara. Reformasi itu perlu dilakukan secara adil dan saksama tanpa perlu takut berdepan demokrasi. 

Pentadbir urus semestinya merujuk kepada perundangan yang sewajarnya sebelum meminta sesuatu tindakan dibuat berdasarkan akta tertulis. Namun sekiranya, mereka yang berkuasa sementara override keputusan yang telah dibuat, apakah itu namanya reformasi? 

Kenapa UMNO perlu risau sekiranya perlu mengikut arahan ROS dimana jawatan presiden dan timbalan presiden perlu dipertandingkan. Apakah 2 tahun akan datang, UMNO masih mahu kekal dengan natijah Presiden & Timb.Presiden bersifat maksum. 

Sejarah politik negara telah tertulis, setiap korupsi pasti akan tumbang. Sehebat mana perancangan, pastinya ada lubang yang terhidang dengan sendiri untuk dihumbankan. 

Ingat... Kamu merancang, Kami juga merancang. Musuh dalam selimut itu benar.