KJ Calon MB Selangor Atau KJ Poster Boy PN?

Katanya, Poster KJ dibuang umno akan dijadikan poster boy PN dalam menghadapi PRN selangor. Kesilapan terbesar UMNO adalah membuang KJ. Anak muda kekal tidak berganjak menyokong KJ. Sekiranya KJ yang bakal diangkat menjadi MB selangor sekiranya dipilih atau KJ menyokong PN dalam PRN selangor. Tidak mustahil KJ akan menjadi MB selangor.. 

Tetapi... Bagi kami itu semua khayalan. KJ dilihat masih buntu dengan hala tuju selepas dipecat daripada umno. KJ seolah meragui setiap parti politik yang ada sekarang. Apakah nasibnya mungkin mendongak ke langit, ataupun menunduk terjunam ke lantai. 

Bagi selangor, PH boleh dikatakan agak stabil dari segi pentadbiran dan rakyat selangor juga dilihat tidak dalam situasi terdesak untuk mengubah haluan daripada PKR kepada parti lain. Walaupun isu gabungan BN & PH dijadikan modal politik, tetapi sekiranya kestabilan dari segi ekonomi dapat dimampan, PKR mungkin kekal memerintah selangor. 

Sekiranya berlaku perubahan geopolitik yang teruk dalam bulan hadapan, dan menggugat ekonomi tempatan serta tiada tindakan atau idea drastik daripada kerajaan. Ye, Selangor mungkin akan bertukar pentadbiran baru. 



Post a Comment

1 Comments

  1. Masuk pn jer...
    Alang-alang memuji kehebatan mahiadin sebagai ketua.
    Alang-alang dah ditendang keluar dari umno.

    ReplyDelete