Mana Anwar Nak Cekau Duit?

Mampukah team PMX menepis segala persoalan tohmahan atok atau mereka akan cuba sedaya upaya supaya atok didiamkan. Kita semua tahu, setiap gerakan atok akan ada impaknya. Tambahan lagi sokongan melayu terhadap PN masih tidak berganjak dan hanya memerhati tindakan PMX samada senada dengan madani yang dilontarkan ataupun sekadar retorik penyedap rasa. 

Malaysia dibebani hutang yang agak runcing dan isu 1MDB masih tiada penyelesaian serta duit daripada luar yang dibawa masuk juga tidak begitu rancak untuk pertumbuhan ekonomi negara. 


Petikan kenyataan Atok : MG
Mana hendak dia cari duit itu? Kutipan cukai meningkat tetapi tidak cukup untuk belanja tambahan.

Anwar ini macam Najib juga, bagi duit sana, bagi duit sini. Tapi duit itu datang dari mana? Itulah bebanan hutang yang kita kena tanggung,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat PUTRA hari ini.

Apa yang Anwar buat setakat ini untuk orang Melayu? Bila kita kata orang Melayu miskin, orang Cina juga miskin. Saya ingat lagi masa saya kecil, orang Cina dan Melayu sama-sama miskin. Tapi bila kita merdeka, Cina nampak peluang dan mereka berjaya dengan terlibat dengan ekonomi.

Melayu hanya tanam padi dan tangkap ikan sahaja. Melayu tidak maju, yang maju adalah orang Cina kerana dapat peluang yang banyak. Jadi jika kita hendak atasi kemiskinan tidak kira kaum, saya fikir dalam usaha itu untuk orang bukan Melayu sahaja.

Masalah orang Melayu ini hanya akan terpelihara dan tidak terpinggir jika hanya ada parti atau pemimpin yang mempunyai semangat kemelayuan masalah orang Melayu akan terbela. Masalah orang Melayu ini banyak.

Kalau ada multiracial (berbilang kaum), dia tidak kira lagi masalah orang Melayu tapi masalah multiracial.



Post a Comment

9 Comments

  1. Impak atok ikut musim.
    Setakat ini impak dia menimbulkan kebencian.
    Rakyat benci legasi kaya raya dan tamak atok. NOKTAH!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu dari segi individu. tapi kalau dlm sudut ekonomi dan kewangan. rakyat masih menerima pandangan atok.

      Delete
    2. Betul...yg kaya mendadak adalah anak, waris, proksi dan kroni. Semuanya krn ada yg terpesona dgn idea pgswastaan dan ekonomi tetapi sebaliknya dikuasai olrh legasi kaya mereka.
      Kalau ikut sejarah zaman bailout syarikat rugi era atok lebih buruk berbanding mana2 pm di malaysia. Bmf forex, perwaja steel, proton, port klang dan bnyk lagi.
      Kehilangan tanah rizab melayu pun era atok paling teruk. NOKTAH!!!

      Delete
    3. Satu lagi...negeri2 paling mundur dan tidak dipedulikan adalah pada era atok jadi pm. NOKTAH!!!

      Delete
  2. Syarikat kapal anak rugi. Guna duit petronas utk bailout. Syarikat sapura milik anak rugi...duit pnb guna utk bailout.

    Itu yg mahacai tidak nampak. Seronok dengan sembang kencang atok dulu kini dan selamanya.

    Saty lagi...kedainroti dia yg kononnya International brand pon dh bangrap.
    Kalau kedai roti kecik tak dpt handle apatah lagi ekonomi negara. Sembang bolehlah...
    Belum tentu mampu melaksanakannya.
    Manifesto pru14 pon banyak yg kena kencing....ADA HATI BICARA HAL EKONOMI!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia bukan tutup, tapi jual pegangan. itu namanya business broo...

      Kedai roti premium The Loaf yang pernah dimiliki oleh Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad sebelum ini telah dibuka semula pemilik barunya, syarikat pembinaan Ekovest Bhd.

      Pengerusi Eksekutif Ekovest Lim Kang Hoo berkata keputusan untuk menghidupkan semula jenama tersebut dilakukan melalui syarikat milik penuhnya, Duke Dining Sdn Bhd, dengan membeli kesemua kepentingan The Loaf.

      CEO syarikat pembinaan itu menjelaskan usaha berkenaan merupakan sebahagian daripada rancangan Ekovest untuk menembusi sektor makanan dan minuman (F&B).

      Delete
    2. Maksudnya dah tak dpt handle lah. Bisnes kecik mcm tu dia tal mampu.
      Sebelum ini proton pon dia tak mampu nak handle. Asyik kena bantu oleh kerajaan.

      Otak bisnes dan ekonomi memang hancus. Elok dia sembang hal menjatuhkan orang. Itu memang dia hebat.

      Delete
  3. Kenapa perlu risaukan atok? atok dah tidak menjadi pilihan rakyat. tengok jela keputusan PRU. rakyat dah tak amik port pasal atok. sebab atok sendiri buat hal

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kaki kencing dan mengutamakan legasi tamak dia...memang patut ditolak.

      Delete