Penjawat Awam Akan Cekap & Gembira... Sekiranya....

Penjawat awam cekap atau penjawat awam stress dengan taraf hidup, situasi kerja, perhubungan jarak jauh atau.... Atau apakah itu hanya lontaran sembrono untuk menyedapkan situasi..

Apakah dengan situasi ekonomi pada hari ini, pegawai gred 41 dan ke bawah tersenyum lebar dengan bayaran taska, bayaran susu, bayaran pengasuh dan ditambah lagi dengan duka lara. Pertukaran secara tiba-tiba pegawai gred 41 ke bawah tanpa ada rundingan. Apakah itu boleh dikategorikan sebagai gembira. 

Bagi pegawai yang gred atasan atau pengarah yang mendapat pelbagai inisiatif kerajaan, pertukaran mereka tidaklah memberi impak besar. Ini kerana golongan mereka kebanyakkannya tidak lagi mempunyai beban yang terlampau tinggi. 

Itu belum masuk bab "leadership". Apakah ketua jabatan yang ada pada hari ini adalah competence dalam menjalankan tugas ataupun hanya tahu memberi arahan dan memaksa pegawai bawahan. Itu semua perlu dinilai oleh setiap pegawai bawahan. Ini untuk memastikan leadership mereka benar-benar membawa jabatan ke jalan yang lurus. 

3 Teras utama kerajaan perlu perhatikan dan perincikan untuk reformasi penjawat awam : 
  1. - Demokrasikan pemilihan ketua jabatan, pengarah negeri & jawatan tertinggi kerajaan. 60% adalah nilaian pegawai bawahan & 40% penilaian panel. 
  2. - Setiap pertukaran pegawai perlulah ada sesi rundingan
  3. - Pegawai yang bermasalah perlu dibuang dan bukannya disejuk beku atau diletakkan dikawasan pedalaman. Jika ini berlaku, sampai bila pun kawasan pendalaman tidak ada kemajuan. 



Post a Comment

0 Comments