PKR Pening, PAS Pening - Korang Memerintah Pun Pening

PAS dan PKR. Dulu semasa mahathir jatuhkan anwar, PAS gunakan anwar dan menyatakan anwar tidak bersalah. Mereka bersama pelbagai pakatan dan pelbagai  manifesto. 

Kemudian, mereka gaduh.. PAS solo dan dakyah seluruh negara digerakkan supaya rakyat tidak menyokong BN dan tidak menyokong PH yang ketika itu didalangi Mahathir. Pada masa yang sama, PAS menyatakan berpuashati dengan 1MDB. 

BN PAS kalah.. PKR mula berkecamuk, tuntutan supaya mahathir letak jawatan mula berkumandang. Sentimen kemelayuan dan islamic tidak terkawal ketika PH memerintah. PKR mula berkelahi dan berpecah. Langkah sheraton dimulai. PAS, BN dan cebisan PH berpeluk kasih sayang bentuk kerajaan. 

Manifesto? Tidak lagi kitab suci tetapi adalah tahi yang perlu dicuci oleh setiap penulis janji. Lupakan manifesto.. 

Kerajaan berkecamuk lagi, PAS dan BN kembali berseteru. Masih bentuk kerajaan tapi jeling menjeling, benci membenci didalam hati. 

Kesimpulan, ketiga parti ini pernah memerintah dan memegang portfolio penting negara. Selama mereka berkawan dan berseteru.. Apakah masalah ekonomi semakin pulih, apakah nilaian pendapatan bolehguna rakyat bertambah. 

Apa yang berterusan dilaungkan.. Rasuah, rasuah, rasuah.. Tetapi... 

Kuasa legistatif masih lagi dibawah kuasa ekskusif.. 

Dan mereka akan terus menerus laungkan pemimpin ini rasuah, pemimpin itu rasuah.. 


Post a Comment

3 Comments

  1. Tak lama lagi... Diaorg berkawan berbaik berpeluk.. lain pulak ceritanya

    ReplyDelete
  2. Laa, benda mcm tu pun pening?

    Mesti ada sesuatu yg tidak disebut secara terbuka la tu oleh Hadi kot.
    hadi tu krisis dgn pkr selepas pkr tadbir selangor kan, mesti bersebab ler tu.
    Aku bukan nak perlekeh fadilnor & nikaziz tapi kan byk yg dua² tu buat hadi tak setuju tapi mcm dia diam, contohnya soal diangkat keatas si matsabu.
    orang cerita hadi tidak backup matsabu masa dia ada kes kat kltn dulu.. nikaziz yg bagi backup hadi tidak. dan hadi pun tidak backup mustafa ali masa ada bunyi hal dulu dan terus dipinggirkan oleh hadi.

    jadi bila tgk disitu boleh lah dikatakan yg hadi tu lain sikit dari yg dua sebelumnya caranya.

    dlm politik ada kadang2 ada perkara yg perlukan sesuatu pada satu2 masa jadi tak peliklah kalau ada kerjasama dlm waktu2 tertentu kerana sebab2 tertentu atas desakan keperluan tertentu, biasa ler tu.

    dalam damai antara pemimpin politik ni mesti ada persetujuan tertentu antara mereka dan bilamana ada yg berubah maka akan jadi lain lah perihalnya..
    manusia nih tak sempurna, disitu disin ada la kekurangan dan kelebihannya... sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula parti2 politik.
    Rasanya tiap2 parti ada spy mereka sendiri bagi mengesan pergerakan samada kawan atau lawan, jada ada ler tu pencetus jadi berkawan dan pencetus jadi lawan balik
    bagi aku awal2 ada jgk rasa mcm si najib mcm tak bersalah tapi rasa begitu pudar bila dlm perjalanan perbicaraan tu mcm si najib tu byk berhelah dari betul2 membela diri secara yg sepatutnya, walau mcm manapun aku tak ler nak kata dia tu betul2 bersalah ataupun betul2 tak bersalah.

    aku nih tak memihak pada mana2 tapi satu yg aku tak suka adalah dap.
    pada pru15 aku tak mengundi pun dan tak singgah pada mana2 pos politik pun sepanjang waktu tu.


    ReplyDelete
    Replies
    1. Sembang panjang...

      Ending tak mengundi.. ko dah kenapa?

      Delete