PAS dan PKR. Dulu semasa mahathir jatuhkan anwar, PAS gunakan anwar dan menyatakan anwar tidak bersalah. Mereka bersama pelbagai pakatan dan pelbagai  manifesto. 

Kemudian, mereka gaduh.. PAS solo dan dakyah seluruh negara digerakkan supaya rakyat tidak menyokong BN dan tidak menyokong PH yang ketika itu didalangi Mahathir. Pada masa yang sama, PAS menyatakan berpuashati dengan 1MDB. 

BN PAS kalah.. PKR mula berkecamuk, tuntutan supaya mahathir letak jawatan mula berkumandang. Sentimen kemelayuan dan islamic tidak terkawal ketika PH memerintah. PKR mula berkelahi dan berpecah. Langkah sheraton dimulai. PAS, BN dan cebisan PH berpeluk kasih sayang bentuk kerajaan. 

Manifesto? Tidak lagi kitab suci tetapi adalah tahi yang perlu dicuci oleh setiap penulis janji. Lupakan manifesto.. 

Kerajaan berkecamuk lagi, PAS dan BN kembali berseteru. Masih bentuk kerajaan tapi jeling menjeling, benci membenci didalam hati. 

Kesimpulan, ketiga parti ini pernah memerintah dan memegang portfolio penting negara. Selama mereka berkawan dan berseteru.. Apakah masalah ekonomi semakin pulih, apakah nilaian pendapatan bolehguna rakyat bertambah. 

Apa yang berterusan dilaungkan.. Rasuah, rasuah, rasuah.. Tetapi... 

Kuasa legistatif masih lagi dibawah kuasa ekskusif.. 

Dan mereka akan terus menerus laungkan pemimpin ini rasuah, pemimpin itu rasuah..