Krisis politik di Sabah apabila Ketua Umno Sabah Bung Moktar Radin mengumumkan Barisan Nasional (BN) tidak lagi menyokong Hajiji Noor sebagai ketua menteri Sabah.

Dipercayai gerakan menumbangkan Hajiji itu digerakkan Bung bersama Presiden Warisan Shafie Apdal.

Bagaimanapun, usaha itu gagal apabila sebilangan wakil rakyat BN kekal menyokong Hajiji.

Lima Adun turut keluar Umno iaitu : 
  1. Yusof Yacob (Sindumin), 
  2. Jasni Daya (Pantai Dalit), 
  3. Arsad Bistari (Tempasuk), 
  4. Hamid Awang (Balung), dan 
  5. James Ratib (Sugut). 

Mereka menyertai Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) pimpinan Hajiji.

Beberapa wakil rakyat Warisan turut menyertai Gagasan Rakyat iaitu : 
  1. Awang Ahmad Sah (Petagas), 
  2. Mohammad Mohamarin (Banggi), 
  3. Chong Chen Bin (Tanjong Kapor), dan 
  4. Norazlinah Arif (Kunak).