Dalam kita mengejar pentadbiran cara islamic, perbankan cara islamic, kehidupan cara islamic dan pelbagai lagi berlandaskan islamic. Sepatutnya ia tidak membebankan dan patut menjadi contoh. 

Sudah berpuluh tahun isu air kelantan dan berpuluh tahun juga pemerintahan yang dikatakan islamik. Tetapi, benarkah perkara ini berlaku? Kenapa tiada perubahan tindakan dilakukan? 

Apakah rakyat kelantan takut untuk perubahan pentadbiran sementara supaya perkara tidak betul dapat diperbetulkan dengan pentadbiran baru. Rakyat kelantan diluar kelantan pulang mengundi dengan perarakan kononnya pentadbiran PAS kelantan adalah terbaik dan tidak perlu ditukarkan. Hakikatnya, ini yang perlu dihadap oleh rakyat kelantan yang tidak berhijrah. 

Apakah kita perlu menjadi pengundi retorik berlandaskan kulit islamik tetapi tidak mampu melaksanakan mengikut acuan sebenar? 

Selamat mengundi semua pengundi retorik politik.